Skip to main content

Berita Tempatan

Ezaidi Aziz Dedah Pernah Ditolak Bintangi Drama Gara-Gara... - "Saya Rasa Alasan Tu Kurang Logik"

Ezaidi Aziz Dedah Pernah Ditolak Bintangi Drama Gara-Gara... - "Saya Rasa Alasan Tu Kurang Logik"

Sekilas

  • Pelakon Ezaidi Aziz pernah kehilangan peluang lakonan kerana dianggap terlalu kacak sehingga boleh menenggelamkan hero utama.
  • Ezaidi memilih untuk kekal dengan wajah asal tanpa prosedur estetik dan lebih suka watak mencabar berbanding watak hero tampan.
  • Beliau kini menjadi wajah produk lelaki pertama Dnars, menganggapnya satu pencapaian besar dan amanah yang perlu dijaga.
Advertisement

Pelakon Ezaidi Aziz mendedahkan dia pernah kehilangan satu peluang lakonan selepas dikatakan 'terlalu kacak' untuk membawakan watak yang ditawarkan.

Menurut Ezaidi, dia sudah pun mengosongkan jadual, menghadiri sesi bacaan skrip dan membuat pelbagai persiapan sebelum dimaklumkan bahawa dia tidak dipilih.

Advertisement

"Saya pernah dapat satu tawaran yang memang saya sangat-sangat nak. Saya dah kosongkan jadual, hadir script reading dan buat semua persiapan.

"Tapi selepas itu saya dimaklumkan saya tidak dipilih kerana dikatakan terlalu kacak untuk watak itu dan bimbang akan menenggelamkan hero utama," katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Ezaidi mengakui sedikit terkejut dengan alasan diberikan kerana baginya, kekuatan seseorang pelakon seharusnya diukur melalui kemampuan membawa watak dan bukannya rupa semata-mata.

"Sejujurnya saya rasa alasan itu kurang logik sebab saya sendiri mengidolakan hero tersebut. Bagi saya, dalam lakonan, aura dan kemampuan membawa watak jauh lebih penting daripada rupa," ujarnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar itu turut berkongsi pandangannya mengenai trend rawatan estetik yang semakin menjadi pilihan segelintir artis.

Advertisement

Jelas Ezaidi, dia tidak berniat menghakimi mana-mana pihak, namun secara peribadi memilih untuk mengekalkan wajah asal yang dikurniakan kepadanya.

"Saya tidak mahu menghakimi orang lain, tetapi kalau untuk diri saya sendiri, saya tidak akan buat. Saya lebih selesa menjaga kulit dengan cara asas. Pada saya, bila kulit bersih dan sihat, seseorang itu sudah kelihatan kemas dan lebih yakin," katanya.

Walaupun enggan mengubah wajah melalui prosedur estetik, Ezaidi berkata dia tidak mempunyai masalah untuk mengubah penampilan sekiranya diperlukan bagi menjayakan sesuatu karakter.

Malah, dia lebih gemar diberikan watak yang mencabar berbanding karakter hero yang tampan.

"Kalau diberi watak orang kampung, penagih dadah, watak jahat atau perlu botakkan kepala sekali pun, saya sanggup.

"Kalau perlu turunkan berat badan demi sesuatu watak pun saya sedia. Itu komitmen saya sebagai pelakon," katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya, Ezaidi mengakui bersyukur apabila semakin banyak peluang diterima sepanjang tahun ini.

"Tahun ini saya memang beri komitmen sepenuhnya terhadap kerjaya lakonan. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan setiap peluang yang diberikan dan semua ini juga hasil sokongan ramai pihak termasuk pengurusan saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ezaidi turut menganggap pelantikannya sebagai wajah produk lelaki pertama Dnars sebagai antara pencapaian terbesar sepanjang kerjayanya.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka dipilih memandangkan ramai lagi selebriti yang mempunyai nama lebih besar dan pengaruh lebih kuat di media sosial.

"Saya bangga sebab sepanjang 20 tahun Dnars berada dalam industri, ini kali pertama mereka mengeluarkan produk khas untuk lelaki.

"Jadi apabila diberi kepercayaan menjadi wajah pertama produk ini, saya anggap ia satu amanah yang besar.

"Sebelum tandatangan kontrak, saya sendiri gunakan produk ini selama hampir dua minggu.

"Saya mahu pastikan produk ini benar-benar berkualiti kerana saya juga membawa nama sendiri apabila memperkenalkannya kepada orang ramai," katanya yang turut terbabit dalam proses pembungkusan dan kandungan produk.

Tambah Ezaidi, produk berkenaan menggunakan teknologi dari Korea serta menampilkan konsep 6 dalam 1, sekali gus memudahkan rutin penjagaan wajah lelaki.

"Bagi saya, lelaki mahukan sesuatu yang mudah. Apa yang saya suka, produk ini tidak membuatkan kulit terasa tegang atau kering selepas digunakan. Sebaliknya kulit terasa lebih lembap, segar dan selesa," katanya selaku duta pertama Baars.

Anda mungkin berminat dengan

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must Watch Video

Advertisement