Skip to main content

Selebriti

Ezrie Gazali Terharu Abah Saya Uncle Mike Sentuh Hati Penonton Di China - “Mereka Menangis…”

Ezrie Gazali Terharu Abah Saya Uncle Mike Sentuh Hati Penonton Di China - “Mereka Menangis…”

Sekilas

  • Filem sulung arahan Ezrie Gazali, Abah Saya Uncle Mike, mendapat sambutan hangat di China-Malaysia Film Festival 2026 di Beijing dengan penonton warga China menunjukkan reaksi emosional walaupun filem berbahasa Melayu.
  • Penonton turut memberikan respons positif dalam sesi soal jawab dan berminat untuk mengetahui kisah sebenar Uncle Mike serta budaya Malaysia yang dipaparkan dalam filem tersebut.

     

Advertisement

Pengarah baharu, Ezrie Gazali meluahkan rasa terharu apabila filem sulung arahannya Abah Saya Uncle Mike mendapat sambutan positif ketika ditayangkan di China-Malaysia Film Festival 2026 di Beijing baru-baru ini.

Menurut Ezrie, dia mengambil kesempatan untuk berada di dalam panggung ketika tayangan terakhir filem tersebut bagi melihat sendiri reaksi penonton warga China terhadap karya berkenaan.

Lebih mengejutkan, Ezrie berkata dia menyaksikan sendiri sebahagian penonton menitiskan air mata ketika menonton filem itu meskipun karya berkenaan menggunakan bahasa Melayu dan mengangkat kisah serta latar budaya Malaysia.

Advertisement

“Masa screening hari terakhir, Abah Saya Uncle Mike adalah filem terakhir. Jadi saya ambil keputusan untuk berada di dalam hall, nak lihat reaksi penonton warga China di sana.

“Tanpa saya sangka, sebuah filem Melayu berbahasa Malaysia, dengan sedikit penggunaan bahasa Mandarin dan dilakonkan oleh kanak-kanak Melayu, saya lihat mereka menangis di dalam panggung.

“Ini menunjukkan cerita tersebut benar-benar sampai kepada penonton di sana.

“Jadi, saya pun agak terkejut apabila melihat situasi itu. Saya sampai tertanya-tanya, betul ke ni? Tak sangka filem ini mendapat sambutan di sana,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Tambah Ezrie lagi, apa yang lebih mengharukan adalah apabila penonton turut memberikan respons positif ketika sesi soal jawab selepas tayangan selain menunjukkan minat untuk mengetahui kisah sebenar mengenai Uncle Mike.

“Selepas tamat filem itu, ada segmen soal jawab kerana saya berada di dalam panggung tersebut. Sambutan yang saya terima sangat menggalakkan dan positif.

“Mereka benar-benar nak tahu apa yang berlaku kepada Uncle Mike yang sebenar. Mereka siap kata, kalau saya datang ke Beijing lagi selepas ini, sila bawa ‘the real Uncle Mike’ sebab ingin bertemu dengannya. Mereka benar-benar tersentuh dengan cerita itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ezrie turut berkongsi soalan yang agak unik apabila ada yang bertanyakan tentang penggunaan bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris dalam filem berkenaan.

“Salah satu perkara unik yang saya nak kongsikan ialah soalan yang saya terima daripada penonton.

“Mereka tanya, kenapa dalam filem itu ada penggunaan bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris? Adakah sebab kita nak menembusi pasaran? Saya cakap tidak, sebenarnya itulah Malaysia.

“Jadi, mereka sangat tertarik dengan perkara itu. Mereka rasa macam apabila menonton filem tersebut, inilah Malaysia yang mereka tak pernah lihat sebelum ini.

“Jadi mereka rasa benda itu unik dan mereka nak tahu lebih lagi pasal negara kita, culture kita dan tersentuh,” ujarnya.

Selain Abah Saya Uncle Mike, empat filem tempatan lain yang turut ditayangkan adalah A Mighty Adventure, Ah Beng vs Liang Po Po, Babah dan The Last Dive.

 

Anda mungkin berminat dengan

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Must Watch Video

Advertisement