Skip to main content

Hiburan

Ezzanie Jasny Lega Dapat Buat Karakter Zulfa Dalam ‘Bulan Henti Bicara’ Sebab…

Ezzanie Jasny

Sekilas

  • Drama Bulan Henti Bicara yang dibintangi Azhan Rani, Ezzanie Jasny dan lain-lain mendapat sambutan hangat serta menjadi bualan netizen di media sosial.
  • Ezzanie teruja memegang watak Zulfa yang tidak memerlukan solekan dan menampilkan vibe kampung yang asli.
  • Jalan cerita yang dekat dengan realiti masyarakat tentang pengorbanan, kasih sayang keluarga dan penderitaan wanita menarik perhatian penonton sejak episod pertama.
Advertisement

Drama Bulan Henti Bicara (BHC) yang dibintangi oleh Azhan Rani, Ezzanie Jasny, Azar Azmi, Ali Reza dan ramai lagi mendapat sambutan yang hangat selain turut menjadi bualan netizen di media sosial. 

 

Advertisement

Memegang watak utama dalam drama arahan Eyra Rahman, Ezzanie meluahkan rasa teruja dapat menjiwai karakter sebagai Zulfa yang tidak memerlukan dirinya bersiap cantik. 

 

“Korang tak tahu betapa leganya saya dapat karakter Zulfa sebab tak payah nak cantik-cantik, tak payah nak make up semua. 

Advertisement

 

“Nak merasa juga vibe kampung. Kening pun sikit je ke bawah tau,” kongsi Ezzanie. 

 

Selain memuji lakonan barisan pelakon, ramai netizen turut menyifatkan jalan cerita Bulan Henti Bicara sebagai dekat dengan realiti masyarakat.

 

Isu pengorbanan seorang anak, kasih sayang dalam keluarga dan penderitaan seorang wanita dikatakan membuatkan ramai penonton mengimbau pengalaman hidup masing- masing.

 

Melihat kepada sambutan hangat selepas episod pertama, ramai sudah mula membuat ramalan bahawa konflik antara Zulfa, Jamali, Faziah dan Afghan bakal menjadi topik hangat sepanjang tayangan drama ini.

 

Saksikan Bulan Henti Bicara setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104), dan boleh distrim menerusi Sooka.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Must Watch Video

Advertisement