Sekilas
- Pelakon Ezannie Jasny memohon maaf kerana tidak dapat melayan permintaan peminat untuk bergambar atau merakam video ketika bertemu di Alor Setar, Kedah.
- Ezannie menjelaskan keadaan itu disebabkan dia baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan pada wajah dan tengkoraknya.
- Wargamaya memberi sokongan dan mendoakan agar Ezannie cepat sembuh selepas kemalangan tersebut.
Bimbang akan menimbulkan salah faham, pelakon Ezannie Jasny memohon maaf kepada peminat yang ingin merakam gambar atau video dengannya ketika bertemu di Alor Setar, Kedah.
Menerusi perkongsian di Threads, Ezzanie memberitahu tindakannya enggan merakam gambar atau video bukan disebabkan sombong sebaliknya keadaan dirinya yang tidak sesuai ketika itu.
Ia disebabkan dirinya baru sahaja terlibat dalam kemalangan kereta baru-baru ini yang menyebabkan wajahnya mengalami kecederaan.
“Maaf tau orang Aloq Staq (Alor Setar). Kami bukan berlagak tak mau (nak) buat video ke ambil gambar, tapi kami baru lepas kemalangan kan.
“Kami singgah mai (datang) makan saja. Rupa pun tengah buruk. Maaf hampa tau,” kongsi pelakon drama Impiana Karma.
Rata-rata wargamaya di ruang perkongsian itu memberitahu mereka memahami keadaan Ezzanie dan mendoakan agar aktres itu diberikan kesembuhan cepat.
Untuk info, Ezzanie mengalami kecederaan serius di bahagian tengkorak dan wajahnya bengkak selepas kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya pada minggu lalu.
Sumber - Threads