Skip to main content

Hiburan

Ezzanie Jasny Tak Sempat Berehat Sejak Awal Tahun - "Saya Memang Tak Boleh Duduk Diam"

Ezzanie Jasny

Sekilas

  • Pelakon Ezzanie Jasny mengakui belum sempat berehat panjang tahun ini kerana sibuk dengan penggambaran dan komitmen kerja.
  • Dia hanya bercuti empat hari sebelum memulakan penggambaran drama Bulan Henti Bicara dan merancang cuti sebulan pada Ogos nanti.
  • Drama Bulan Henti Bicara kini bersiaran di Astro Ria dan turut dibintangi Azhan Rani, Azar Azmi, dan Ali Reza Kavoossi.
Advertisement

Pelakon Ezzanie Jasny mengakui dirinya belum sempat menikmati rehat yang panjang sepanjang tahun ini kerana terlalu sibuk dengan jadual penggambaran dan pelbagai komitmen kerja.


 

Advertisement

Menurut Ezzanie atau nama penuhnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, dia hanya sempat bercuti selama empat hari sebelum memulakan penggambaran drama Bulan Henti Bicara.


 

"Tahun ini memang saya tidak rehat langsung. Sebelum mula penggambaran drama Bulan Henti Bicara, saya hanya cuti empat hari sahaja.

Advertisement


 

"Saya memang tak boleh nak duduk diam. Apa sahaja pekerjaan yang halal saya akan buat. Orang-orang terdekat pun tahu.


 

“Saya tak boleh duduk diam di rumah. Kalau ada masa lapang, saya akan keluar berjalan-jalan," katanya kepada Gempak.


 

Ezzanie berkongsi perkara itu ketika majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Bulan Henti Bicara (BHB) baru-baru ini.


 

Berkongsi lanjut, Ezzanie berkata dia sudah merancang untuk mengambil cuti selama sebulan sepanjang Ogos sebelum kembali sibuk dengan projek-projek baharu.


 

"Harap sepanjang Ogos nanti saya akan dapat berehat secukupnya. Memang saya ambil cuti selama sebulan.


 

"Selepas itu ada beberapa lagi tawaran kerja, insya-Allah," ujarnya.


 

Drama Bulan Henti Bicara kini sedang bersiaran di Astro Ria. Selain Ezzanie, naskhah arahan Eyra Rahman itu turut dibintangi Azhan Rani, Azar Azmi dan Ali Reza Kavoossi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Milliot Co Slip On

Milliot Co Slip On

Must Watch Video

Advertisement