Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Ezzany Jasny Kongsi Pesanan Lisdawati & Fauzi Nawawi - “Mereka Selalu Berpesan…”

Ezzanie Jasny

Sekilas

  • Ezzany Jasny bersyukur dapat belajar dan mematangkan diri dengan pengalaman bekerja bersama pelakon senior dalam industri seni.
  • Hubungan baik dengan pelakon seperti Lisdawati dan Fauzi Nawawi banyak memberi nasihat dan sokongan yang bermakna kepadanya.
  • Sehingga kini, Ezzany tidak pernah menghadapi layanan kurang baik dan semakin bersemangat meneruskan kerjaya lakonan.
Advertisement

Pelakon Ezzany Jasny bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba pengalaman daripada pelakon yang lebih senior dalam industri seni. 

 

Advertisement

Ezzany berkata pengalaman bekerja bersama pelakon senior bukan sahaja membantu mematangkan dirinya sebagai anak seni, malah mengajarnya tentang kepentingan menjaga hubungan baik dengan semua kru di set penggambaran.

 

“Apabila masuk dalam industri ini, saya sangat bersyukur kerana dapat bekerja dengan pelakon-pelakon lama. Kebanyakan hero saya terdiri daripada pelakon sudah berkahwin, mempunyai nama dan lama berada dalam industri.

 

“Perkara itu turut mematangkan saya. Kalau kita mahu bekerja dengan orang, kita perlu beramah mesra dan saling menegur. Boleh sahaja buat hal sendiri, tetapi kita tetap perlu bertegur sapa kerana mahu bekerja dalam suasana harmoni serta gembira di set.

 

“Kadang-kadang kita membawa karakter berat, tetapi tidak bermakna kita perlu menyendiri atau menjauhkan diri daripada orang lain. Nanti orang akan salah faham,” katanya kepada Gempak. 

 

Kata pelakon Bulan Henti Bicara, hubungan baik bersama pelakon senior seperti Lisdawati dan Fauzi Nawawi turut memberi banyak manfaat kepadanya. 

 

Malah pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, itu turut mendedahkan pasangan pelakon itu sering berkongsi nasihat serta memberi sokongan di luar set penggambaran.

 

“Contohnya, saya dengan Lisdawati dan Fauzi Nawawi sudah banyak kali bekerja bersama. Mereka selalu berpesan supaya berhati-hati dalam setiap perkara. Banyak nasihat mereka berikan. 

 

“Saya ambil teguran serta nasihat mereka secara positif kerana bagi saya, mereka lebih berpengalaman dan sudah melalui banyak perkara dalam industri. Jadi, setiap pesanan itu sangat bermakna,” ujarnya. 

 

Ditanya sama ada pernah berdepan layanan kurang baik daripada pelakon senior sepanjang berada dalam industri, Ezzany bersyukur kerana setakat ini tidak pernah mengalami pengalaman sedemikian.

 

“Setakat ini, tidak ada. Sebab itu saya rasa semakin bersemangat. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan menjadi pelakon. Malah, pada awalnya saya sendiri tidak mahu berlakon.

 

“Saya seperti dipaksa mencuba, jadi saya fikir tidak salah untuk berikan peluang kepada diri sendiri. Alhamdulillah, semakin tahun berlalu, saya menerima maklum balas baik, diberikan karakter menarik dan berpeluang bekerja dengan orang-orang hebat.

 

“Jadi, saya mula terfikir mungkin ini rezeki saya dalam industri seni. Kalau sudah diberikan peluang, mengapa tidak saya cuba? Alhamdulillah, sepanjang pengalaman saya, semuanya baik dan sangat menyokong,” jelasnya. 

 

Sebelum ini, Azhan Rani dan Lisdawati antara pelakon senior memuji Ezzany sebagai bakat muda berbakat yang mempunyai sikap profesional ketika berada di set penggambaran.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Must Watch Video

Advertisement