Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Fadlan Hazim Jalani Cabaran Kecergasan Ala Komando Selama 24 Jam Demi Takluk 2: Op Daulat - “Ia Mengubah Persepsi Saya…”

Fadlan Hazim Jalani Cabaran Kecergasan Ala Komando Selama 24 Jam Demi Takluk 2: Op Daulat - “Ia Mengubah Persepsi Saya…”

Sekilas

  • Fadlan Hazim menjalani cabaran kecergasan VAT69 selama 24 jam bersama Tentera Darat sebagai persediaan untuk watak Sarjan Apot dalam filem Takluk 2: Op Daulat.
  • Pengalaman itu mengubah pandangannya terhadap pengorbanan anggota beruniform dan menuntutnya memahami aspek fizikal serta mental dalam membawa watak tentera.
  • Watak Sarjan Apot digambarkan lebih tenang dan menjadi pendamai dalam pasukan, berbeza dengan karakter lain yang lebih tegas dalam filem berinspirasikan pencerobohan Lahad Datu itu.
Advertisement

Pelakon Fadlan Hazim menjalani cabaran kecergasan VAT69 bersama Tentera Darat selama 24 jam sebagai sebahagian daripada persediaannya membawakan watak Sarjan Apot dalam filem Takluk 2: Op Daulat.

Menurut Fadlan, pengalaman menguji ketahanan mental dan fizikal itu mengubah pandangannya terhadap pengorbanan anggota beruniform dalam mempertahankan negara.

Advertisement

Bagaimanapun, dia menjelaskan cabaran tersebut tertumpu kepada aspek kecergasan tanpa penggunaan senjata dan bukan latihan penuh seperti yang dilalui anggota komando sebenar.

“Cabaran kecergasan itu 24 jam sahaja. Video-video itu ada dalam media sosial saya.

“Ia mengubah persepsi saya terhadap anggota beruniform yang berkorban untuk mempertahankan negara. Saya lagi hormatlah,” katanya.

Advertisement

Fadlan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran lembut filem berkenaan di Kementerian Pertahanan (MINDEF), baru-baru ini.

Meskipun pernah berasa serik, dia mengakui pengalaman tersebut memberikan kesan mendalam terhadap cara dirinya menghadapi kesukaran.

“Apabila kita pergi cabaran itu, selepas habis ia mengubah kita luar dan dalam. Kita tengok masalah kecil di luar ini macam tak ada apa dah.

“Ia menguatkan mental dan fizikal. Jiwa kita kena kental,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Fadlan berkata, membawakan watak tentera buat kali pertama menuntutnya memahami keperibadian, pergerakan serta cara mengendalikan kelengkapan ketenteraan.

Katanya, cabaran paling besar ialah menyesuaikan fizikal dengan beban pakaian, pelindung badan, topi keledar dan senjata ketika melakonkan adegan.

“Kita kena pakai uniform, mengendalikan senjata, cara menembak dan bagaimana nak mengendalikan beban yang ada pada badan.

“Satu topi keledar sahaja beratnya hampir dua kilogram. Pelindung badan depan dan belakang pula hampir 10 kilogram, belum termasuk senjata,” ujarnya.

Berkongsi mengenai karakter Sarjan Apot, Fadlan berkata, dia berperanan sebagai penjejak yang banyak bergerak bersama watak Mejar Haikal lakonan Datuk Remy Ishak.

Berbeza daripada beberapa karakter lain yang tegas, Sarjan Apot disifatkan lebih tenang dan menjadi pendamai dalam pasukannya.

“Dia tak berapa tegas, masih boleh berseronok. Dalam filem ini, penonton akan rasa sejuk hati sedikit tengok watak saya.

“Watak semua ketat je kan? Watak saya je senyum,” selorohnya.

Untuk rekod, Takluk 2: Op Daulat merupakan kesinambungan filem Takluk: Lahad Datu yang diinspirasikan daripada peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Filem arahan Zulkarnain Azhar itu turut menampilkan Syafiq Kyle, Datuk Remy Ishak, Kamal Adli, Datuk Eman Manan, Josiah Hogan, Nas-T, Luqman Hafidz, Taufiq Hanafi dan Sara Ali.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Must Watch Video

Advertisement