Skip to main content

Hiburan

Faha Azhar Turun Lebih 20KG Dalam Masa Tiga Minggu Untuk Watak - “Saya Hanya Makan…”

Faha Azhar

Sekilas

  • Faha Azhar menurunkan berat badan lebih 20 kilogram dalam masa tiga minggu demi memenuhi tuntutan watak dalam drama Kelas Belakang.
  • Pelakon berusia 33 tahun itu mengamalkan disiplin ketat dengan menjaga pemakanan dan mengawal pengambilan gula, hanya makan dua keping roti sehari dan minum air mineral.
  • Drama Kelas Belakang yang memaparkan realiti pelajar di kelas tercorot kini mendapat sambutan hangat dan menjadi bualan ramai di media sosial.
Advertisement

Pelakon, Faha Azhar mendedahkan bahawa perubahan fizikalnya daripada berbadan besar kepada lebih kurus dilakukan demi memenuhi tuntutan kerja.

Ujar Faha, keputusan itu diambil selepas mendapat tawaran berlakon dalam sebuah naskhah yang memerlukan dirinya untuk tampil dengan imej lebih kurus.

Advertisement

“Sebenarnya saya kurus sebab tuntutan kerja. Ada naskhah lakonan saya yang memerlukan saya untuk berimej kurus.

“Dalam drama tersebut saya perlu memegang watak sebagai orang kurang upaya dan ya sejujurnya saya memilih untuk kurus adalah sebab saya nak berlakon,” katanya kepada Gempak.

Bercerita lanjut, pelakon drama Kelas Belakang ini memaklumkan dia berjaya menurunkan berat badan lebih 20 kilogram (kg) dalam masa kira-kira tiga minggu.

“Saya berjaya turunkan lebih 20 kilogram iaitu dari 80kg hingga bawah 50kg.

“Semua itu saya hanya ambil masa selama tiga minggu sahaja,” katanya lagi.

Ditanya mengenai cara dirinya untuk menurunkan berat badan, pelakon yang kini berusia 33 tahun itu berkata, dia mengamalkan disiplin ketat termasuk menjaga pemakanan serta mengawal pengambilan gula.

“Saya jaga makan serta kawal pengambilan gula. Boleh dikatakan saya ‘cut’ habis.

“Satu hari saya hanya akan makan dua keping roti dan hanya minum air mineral saja,” ujarnya.

Sekadar info, drama Kelas Belakang memaparkan tentang realiti peljar di kelas paling tercorot, sering dipandang remeh dan dipinggirkan.

Drama tersebut ketika ini menerima sambutan yang memberangsangkan dan menjadi bualan ramai di media sosial.

Selain Faha, drama yang diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu) itu turut menampilkan barisan pelakon muda seperti Amylia Aidura, Zairi Aziz, Areef Amran, Farihin Arnia, Ryliana Azizan, Arfie Shah dan Myra Afrina.

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

SHOKUBUTSU Body Shower Foam Sakura 900g

SHOKUBUTSU Body Shower Foam Sakura 900g

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement