Skip to main content

Indonesia

Fahmi Bo Kembali Rujuk Bekas Isteri Yang Tolong Tukar Pampers, Jaga Masa Sakit

fahmi_bo

Sekilas

  • Artis Indonesia Fahmi Bo mengumumkan dia dan bekas isteri, Nita, akan rujuk semula selepas bercerai pada 2020 dan bersama selama 21 tahun sebelum ini.
  • Nita setia menjaga Fahmi ketika dia terlantar sakit akibat angin ahmar, termasuk membantu mandi dan menukar pampersnya.
  • Mereka akan menikah semula esok dengan restu anak-anak, dan Fahmi berharap rujuk ini membawa keberkahan serta menutup fitnah negatif orang sekeliling.

Artis Indonesia, Fahmi Bo mengaku dia dan bekas isteri, Nita akan kembali menjadi pasangan suami isteri selepas  bercerai pada 2020 lalu. Mereka sebelumnya telah bersama selama 21 tahun.

Menurut Fahmi dia ingin rujuk semula dengan Nita selepas wanita itu setia menjaga dan merawatnya sepanjang dirinya terlantar sakit beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, Nita menjadi sosok yang selalu datang ke rumah untuk membantu Fahmi yang diserang angin ahmar. Oleh kerana tidak boleh bergerak, Nita akan membantu pelakon sinetron Tukang Ojek Pengkolan itu mandi. Nita malah membantu bekas suaminya menukar pampers yang kotor.

Fahmi memaklumkan kerana sangat tersentuh dengan sikap baik Nita, dia mengajak bekas isterinya kembali bersama. Selain persetujuan Nita, niat baik pasangan itu pun direstui anak-anak mereka.

“Ya, kami akan kembali diijabkabul. Kami akan menikah semula esok (hari Ahad),”katanya seperti dilaporkan Kompas.

Dia juga berharap berharap langkah rujuk yang diambil membawa keberkahan dan menutup fitnah orang sekeliling.

“Menghindari fitnah kerana banyak komen negatif berkata tentang hubungan kami yang bukan muhrim. Niat kami baik. Semoga hidup bertambah berkat,” katanya lagi.

Pada masa sama, Fahmi juga memberitahu keadaan kesihatannya sebagai baik selepas menjalani pembedahan dan mendapat rawatan di hospital.

Sebelum ini kisah Fahmi jatuh sakit menjadi tular selepas perubahan ketara berat badannya daripada seorang yang berisi sehingga kurus kering.

Must-Watch Video

Advertisement