Skip to main content

Berita

Faizal Tahir Berbesar Hati Siti Nurhaliza Jadi Penyanyi Jemputan di Konsert Suara Rakyat: “Jika Nak Penyanyi Legenda, Kena Bayar Pada Harganya”

Astro Gempak FT siti

Sekilas

  • Faizal Tahir berharap dapat mengundang Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk berduet dalam konsert Suara Rakyat pada 3 Oktober di Unifi Arena Kuala Lumpur, namun menyedari kos yang tinggi untuk menjemput penyanyi legenda.
  • Faizal menekankan pentingnya semua pihak terlibat dalam konsert bekerja dengan rela hati tanpa paksaan demi memastikan suasana kerja yang harmoni dan positif.
  • Konsert Suara Rakyat adalah hasil idea penganjur Hitman Solutions, dengan tiket pra jualan bermula 9 Jun dan jualan umum pada 10 Jun.
Advertisement

Penyanyi dan komposer Faizal Tahir berbesar hati sekiranya dapat mengundang Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ke konsertnya, Suara Rakyat pada 3 Oktober depan di Unifi Arena Kuala Lumpur untuk berduet dengannya.

Bagaimanapun kata Faizal, beliau menyedari hakikat harga yang perlu dibayar untuk mengundang seorang penyanyi legenda seperti Siti bukan sedikit.

Advertisement

“Itu realiti, kita nak panggil orang besar harus ada bajet yang besar. Jadi itu semua kena tanya penganjur Hitman Solutions kerana mereka yang mengeluarkan bajet.

“Kalau nak sesuautu yang bagus, nak penyanyi legenda, kena bayar harganya.

“Tapi tiada istilah sama ada saya nak atau tidak. Apa yang saya mahukan adalah sesuatu yang memudahkan semua orang dan semua orang berasa gembira untuk melakukannya,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Suara Rakyat di sini, petang tadi.

Advertisement

Malah kata penyanyi yang mengadakan konsert berskala besar pada ulang tahun ke-20 pembabitannya sebagai karyawan seni, hal yang paling penting untuknya adalah kesemua pihak melakukan kerja tanpa paksaan.

“Contohnya jika kita dapat undang Datuk Siti atau Datuk M Nasir ke misapnya, dan beliau mahu buat bukan kerana terpaksa, semuanya mudah, produksi gembira, Hitman Solution gembira, pada saya okay.

“Tak ada masalah. Tapi kalau saya rasa susah untuk dapatkan Siti dan beliau sendiri melakukannya dalam keadaan terpaksa, maka saya pun tak nak,” katanya yang mempunyai lagu duet bersama Siti berjudul Dirgahayu.

Bagaimanapun buat masa ini pihak penganjur belum mengumumkan penyanyi undangan yang akan menjadi tetamu khas pada konsert tersebut.

Bercakap lanjut mengenai konsert yang bakal dianjurkan, keutamaannya kini adalah memastikan seluruh pasukan produksi, rakan strategik seperti Hitman Solutions, dan dirinya sendiri berada dalam persekitaran kerja yang harmoni dan positif.

Ujarnya, pada tahap usia dan fasa kerjayanya sekarang, dia lebih selesa memilih jalan yang paling ringkas dan tidak memeningkan kepala memandangkan banyak lagi perkara lain yang perlu diberi perhatian.

“Cara saya bekerja pada waktu dan usia sebegini adalah untuk mempermudahkan urusan semua orang sahaja.

“Kalau rasa benda itu susah, maka tak payah buat. Kita boleh teruskan dengan perkara lain yang lebih mudah,” katanya.

Komposer dan penyanyi itu juga memberitahu bersetuju untuk mengadakan Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat kerana menyifatkan penganjur hadir dengan usul dan idea yang berbeza daripada dirinya.

“Sebenarnya saya bukan beriya sangat mahu buat konsert. Saya selesa dengan kehidupan sederhana sekarang. Saya pun tidak terfikir kerana keseluruhan konsep Suara Rakyat ini adalah idea Hitman Solutions.

“Selepas mendengar dan mempertimbangkan tawaran yang datang, saya rasa berdosa kalau tidak melunaskan tanggungjawab dengan bakat yang saya ada,” kata penghibur yang lahir daripada program realiti One In A Million ini.

Tiket menyaksikan konsert penyanyi Mahakarya Cinta itu akan mula dijual menerusi pra jualan pada 9 Jun, manakala juala umum pula akan dibuka pada 10 Jun.

Anda mungkin berminat dengan

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Must Watch Video

Advertisement