Skip to main content

Berita Tempatan

Faizal Tahir Bimbang Stadium Tak Penuh, Terlupa Ada Katalog Karya Hebat untuk Dikongsi di Konsert Suara Rakyat

Astro Gempak ft

Sekilas

  • Faizal Tahir akan mengadakan konsert bertajuk 'Faizal Tahir: Suara Rakyat' pada 3 Oktober 2026 di Unifi Arena dengan harapan dapat mengisi penuh tempat tersebut.
  • Faizal mengakui kebimbangan mengenai kesihatan dan penjualan tiket, namun komitmen penuh akan diberikan untuk persembahan berskala besar ini.
  • Tiket konsert dijual pada harga mampu milik bermula RM98 hingga RM688 dan hanya boleh dibeli melalui www.hitmanlive.com.

Bukan dua tetapi 20 tahun, memiliki segudang hit seperti Hanyut, Mahakarya Cinta sehingga Assalamualaikum dan Ragaman yang telah memperlihatkan perjalanan panjang karier seorang Faizal Tahir, karyawan seni itu masih punya kebimbangan saat dilamar Hitman Solutions melaksanakan konsert yang diberi judul Faizal Tahir: Suara Rakyat.

Kebimbangan besar Faizal adalah mampukah beliau mengisi penuh Unifi Arena pada malam 3 Oktober 2026 dengan ‘rakyat’ yang menghargai karyanya. Kata pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Juara Lagu (AJL) ini, beliau tidak yakin mampu membuat 10,000 peminat hadir pada malam konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat.

“Ramai penganjur datang sejak tiga tahun lalu selepas konsert terdahulu tapi saya tolak. Namun selepas melihat konsep Suara Rakyat saya setuju dan lihat ia sebagai satu tanggungjawab. Dia macam bila anak-anak minta satu benda, okay kita bagi. Lepas itu jangan ganggu saya.

“Saya tolak saat diberitahu lokasi konsert. Macam mustahil orang boleh penuhkan. Saya bukan merendah diri sangat tapi kena sedar realiti.  Tapi saya ajar Hitman cakap Insya Allah, boleh (penuh). Jadi dia sudah janji, macam itulah, ” katanya saat ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman konsert tersebut.

Komposer berusia 48 tahun itu juga menjelaskan kebimbangannya melakukan konsert berskala besar ini bergantung kepada kesihatannya. Bukan sakit, tetapi Faizal harus mengakui realiti beliau bukan seorang penyanyi yang aktif melakukan konsert, maka ia memerlukan perhatian lebih besar untuk dilakukan.

“Paling saya bimbang nombor satu adalah kesihatan saya. Sya bukan seorang yang aktif dalam melakukan konsert. Kebanyakan persembahan saya berskala kecil dan saya selesa. Tapi apabila saya telah bersetuju maka saya akan memberi komitmen terbaik show saya berskala kecil, selama.

“Kemudian risau juga tentang penjualan tiket tapi itu adalah hal yang akan difikirkan oleh Hitman Solutions, saya fokus dengan kerja saya,” katanya lagi.

Ironi, Faizal lupa bahawa beliau memiliki katalog yang cukup besar untuk dipersembahkan. Sementelah karya-karyanya telah banyak memberi semangat, meninggalkan kesan malah membawa nama Malaysia harum di persada dunia lewat evolusi atau fasa yang dijalani sejak awal sehingga kini.

“Terima kasih sebab ingatkan saya tentang katalog lagu yang besar. Kadang-kadang saya ingat tidak ada lagu mahu menyanyi.

“Jadi saya melihat peralihan ini seperti manusia berubah, melalui banyak pengalaman, famili pun makin membesar dan minat berubah. Ya, saya cintakan muzik tapi untuk persembahan di pentas saya tidak boleh kata saya nak,” jelas Faizal yang mengakui sudah mencapai objektif karier yang diingini sebagai komposer dan penubuhan Faithful Music.

Mengulas lanjut mengenai Suara Rakyat, kata Faizal ia seperti sebuah perjalanan seni terutama bagaimana karya-karya memberi impak besar dan positif kepada negara.

“Konsert ini sangat berbeza dengan diri saya. Saya mungkin tidak perasan banyak lagu saya telah beri impak besar kepada negara. Jadi atas rasa tanggungjawab saya mahu gunakan dengan baik bakat yang Allah bagi ini. Semoga konsert ini beri manfaat,” katanya.

Dan sesuai dengan jenama ‘suara rakyat’, harga tiket konsert ini juga disifatkan sebagai mampu milik bermula dari harga RM98, RM188, RM248, RM388, RM488, RM588 dan RM688. Setiap pembelian tiket Faizal Tahir: Suara Rakyat hanya boleh dibeli melalui www.hitmanlive.com.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video

Advertisement