Sekilas
- Pelakon Nur Fazura mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan kepada pasangan pengantin baru, Bella Astillah dan Syed Saddiq.
- Fazura berharap mereka dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah, dan rahmah serta sentiasa sabar menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.
- Syed Saddiq dan Bella selamat berkahwin pada 10 Oktober di Menara Merdeka 118 dengan majlis resepsi di MITEC yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu.
Pelakon, Nur Fazura menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baharu, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, atas perkahwinan mereka.
Menerusi ucapannya, Fazura mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah, selain sentiasa sabar serta menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.
“Alhamdulillah, selamat berbahagia. Semoga dikurniakan sakinah, mawaddah, wa rahmah, dan dikurniakan keredaan Allah kepada both of you.
“Semoga sentiasa sabar, sentiasa menerima kelemahan dan kelebihan masing-masing. Semoga sentiasa dilindungi Allah daripada segala orang kata, niat-niat tak baik orang.
“Kekal kuat dan always stick together, communicate, love each other everyday, fall in love everyday, okey? Sama-sama love each other everyday, okey?” katanya.
Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu.
Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.
Pasangan yang dikenali sebagai BASS itu kemudian diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu.