Sekilas
- FamilyMart raikan ulang tahun ke-10 di Malaysia dengan konsep baharu Life is Good with FamilyMart yang fokus pada Good Choices, Good Quality dan Good Moments.
- Pelbagai pembaharuan diperkenalkan termasuk kopi Everyday Craft Coffee dengan dua pilihan baru, pelbagai makanan sedia dimakan, dan sofuto perisa brown sugar boba serta sea salt.
- FamilyMart juga lancarkan koleksi gaya hidup eksklusif FAMIMA by NIGO dan Famibara, serta tawaran istimewa seperti kombo ulang tahun RM10 dan e-baucar MY FamilyMart bernilai RM100.
Sebagai usaha untuk menawarkan pengalaman lebih menarik kepada pelanggan, kedai serbaneka, FamilyMart memperkenalkan konsep baharu iaitu Life is Good with FamilyMart bagi meraikan ulang tahun mereka yang ke-10 di Malaysia.
Menerusi konsep yang berteraskan tiga tunjang utama iaitu Good Choices, Good Quality dan Good Moments ini, FamilyMart mahu menjadikan kunjungan harian pelanggan lebih menyeronokkan selain terus memperkukuh kedudukannya sebagai kedai serbaneka pilihan ramai.
Antara pembaharuan yang diperkenalkan termasuk rangkaian kopi Everyday Craft Coffee yang menampilkan dua pilihan baharu iaitu Sumiyaki dan Kinu.
Diilhamkan daripada seni kraf Jepun iaitu takumi, kedua-dua kopi berkenaan menawarkan profil rasa berbeza bagi memenuhi cita rasa pelanggan.
Menariknya, kopi tersebut ditawarkan pada harga pengenalan serendah RM0.99 sebelum dijual pada harga bermula RM3.90.
Selain kopi, FamilyMart turut memperluas pilihan makanan sedia dimakan termasuk onigiri, sandwic, bento, pasta dan oden bagi memenuhi keperluan pelanggan sepanjang hari.
Bagi peminat oden, FAMee kini menawarkan lebih banyak pilihan dengan lima jenis kuah iaitu Classic Fishball, Sukiyaki, Laksa Kahwin, Creamy Mala dan Tom Yum.
FamilyMart juga memperkenalkan sofuto perisa brown sugar boba buat pertama kali selain membawa kembali sofuto sea salt yang menjadi antara pilihan kegemaran pelanggan.
Dalam memastikan kualiti makanan terus terjaga, FamilyMart menegaskan komitmennya terhadap standard keselamatan makanan dan jaminan halal menerusi kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Tidak terhad kepada makanan dan minuman, FamilyMart turut memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif menerusi FAMIMA by NIGO yang menampilkan barangan pilihan pereka fesyen Jepun, NIGO.
Selain itu, koleksi Famibara yang direka khas untuk peminat FamilyMart di Malaysia turut diperkenalkan dan kedua-duanya dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada Disember 2026.
Bukan itu sahaja, FamilyMart turut menyediakan pelbagai tawaran istimewa buat pelanggan termasuk kombo ulang tahun bernilai RM10 yang menampilkan kerepek dan teh FamilyMart Collection bersempena ulang tahun ke-10 mereka.
Untuk pengguna baharu aplikasi MY FamilyMart pula, kalian menerima pek e-baucar alu-aluan bernilai RM100, manakala ahli sedia ada boleh menikmati promosi Hari Ahli pada 10 dan 11 November 2026 dengan tawaran bermula serendah RM0.10.
Untuk rekod, FamilyMart mula beroperasi di Malaysia pada 11 November 2016 dengan pembukaan kedai pertamanya yang memberi tumpuan kepada makanan sedia dimakan berkualiti dan kemudahan untuk gaya hidup moden.
Sambutan ulang tahun ke-10 itu berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid bermula hari ini hingga 9 November 2026.