Skip to main content

Hiburan

Farah Fakhira Dedah Arwah Suami Tak Pernah Abai Ketika Hamil - ‘Dia Akan Senyap-Senyap..."

Farah Farikha

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira berkongsi sisi baik arwah suami, Zaidul Ariff yang tidak pernah mengabaikan dirinya sepanjang sakit ketika sedang hamil.

Menurut Farah, arwah Zaidul akan menempah perkhidmatan urut bagi mengurut badan setiap kali dirinya mengadu sakit.

Advertisement

"Dia tak pernah abaikan setiap kali Fara cakap sakit. Memang dia akan cari orang untuk urut badan Fara.

"Dan memang dia tak akan bagi mana-mana tukang urut minta duit dengan Fara. Sebab dia akan laju-laju bayarkan semua terus dan biasanya dia senyap-senyap terus booking dan bawa Fara (berurut)," kongsi Farah.
 

Farah turut memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan perbualan WhatsApp arwah Zaidul bersama beberapa individu yang menawarkan perkhidmatan berurut menerusi hantaran yang sama.
 

Pada Jumaat, Farah berkongsi khabar duka mengenai pemergian arwah Zaidul yang dilaporkan tidak sedarkan diri ketika bermain sukan badminton.
 

Lebih meruntun hati, Zaidul sempat menenami Farah ke klinik bagi melakukan pemeriksaan kandungan sebelum dia dijemput Ilahi.

Must-Watch Video

Advertisement