Sekilas
- Farez Adnan menasihatkan peserta baru Big Stage Rocketfuel bahawa bakat sahaja tidak cukup tanpa sikap yang baik.
- Beliau menekankan pentingnya menjaga adab, belajar kemahiran perhubungan awam, dan berfikir sebelum menjawab soalan media.
- Farez juga mengingatkan peserta supaya bersikap rendah hati dan berhati-hati dalam perjalanan seni mereka.
Penyanyi, Farez Adnan memberi nasihat buat barisan bintang-bintang baharu program realiti Big Stage Rocketfuel bahawa bakat semata-mata tidak menjamin kejayaan jika tidak disertai dengan sikap yang baik.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Farez berkata, memiliki suara yang sedap, rupa paras menarik dan karakter yang menonjol tidak akan membawa seseorang artis pergi jauh sekiranya gagal menjaga adab.
“Adik-adik Big stage. Suara sedap? Ok. Handsome, cantik, ok. Karakter menarik ok. Korang jangan lupa satu je, attitude!” tulisnya.

Selain menjaga adab, Farez juga turut mengingatkan mereka supaya mempelajari kemahiran perhubungan awam (PR) dan sentiasa berfikir sebelum menjawab soalan agar tidak menimbulkan salah faham atau kontroversi.
“Belajar PR skills, nak jawab apa-apa dengan media fikir dua kali. Takkan nak terhantuk baru terngadah?
“Be humble. Be nice to everyone. Watch your back. Pengalaman ni mahal tau. All the best!” coretnya.
Untuk info, Farez merupakan bintang program realiti Akademi Fantasia 2014 dan pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan D’Academy Asia di Indonesia pada tahun 2017.