Skip to main content

Hiburan

Fasha Sandha Alami Keguguran, Tiada Rezeki Nak Tambah Zuriat - “Saya Berpantang Tanpa Bayi…”

ASTROGEMPAK Fasha Sandha

Sekilas

  • Pelakon Fasha Sandha berkongsi berita sedih mengalami keguguran pada usia kandungan 10 minggu kerana bayi dalam kandungan tidak sihat.
  • Fasha perlu menjalani prosedur d&c kerana bayi sudah membesar dan menganggap ini bukan rezeki mereka untuk menambah cahaya mata buat masa ini.
  • Dia mengajak mereka yang mengalami situasi sama untuk tidak berputus asa dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan mereka.
Advertisement

Pelakon Fasha Sandha berkongsi berita sedih mengenai dirinya yang mengalami keguguran ketika kandungan sudah mencecah usia 10 minggu. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha memberitahu keguguran itu berlaku disebabkan bayi dalam kandungannya dalam keadaan tidak sihat. 

 

“Kisah 3 petang semalam, 16 Februari. Bukan kerana terlalu banyak bekerja atau bergerak, bukan kerana terlalu kuat berdiet. Kata doktor Elly, kerana baby A tak sihat.

 

“Maka terjadilah keguguran awal kehamilan (10 minggu) tapi kena buat d&c (cuci) sebab baby A dah besar,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini juga menganggap belum lagi rezeki buatnya dan suami untuk menambah cahaya mata. 

 

“Juga bukan rezeki kami lagi… InsyaAllah akan cuba lagi di tahun-tahun akan datang./. sekarang sama-sama fokus kerja dulu. 

 

“Apapun, kepada yang sama-sama mengalami macam Fasha, jangan rasa down, dapat hamil secara natural pun satu anugerah juga. Mungkin ada rezeki lain untuk kita..

 

“Terima kasih buat yang mendoakan baik-baik untuk kami dan semoga doa yang baik kembali pada kalian,” ujarnya. 


Sebelum ini, Fasha berkongsi di Threads mengatakan hasratnya untuk menambah zuriat tidak kesampaian dan mahu bekerja keras tahun ini. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement