Skip to main content

Hiburan

Fasha Sandha ‘Back Up’ Johan As’ari - "Saya Pun Bukanlah Seorang Yang..."

Menurut Fasha, Johan telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang penggambaran dan dia adalah pilihan penerbit, pengarah serta stesen televisyen.

Sekilas

  • Fasha Sandha mempertahankan Johan As'ari yang dikritik netizen selepas menjadi hero dalam drama Kasih Yang Terkorban.
  • Fasha menegaskan Johan adalah pilihan penerbit dan pengarah serta telah memberikan komitmen penuh sepanjang penggambaran.
  • Fasha berharap penonton memberi peluang kepada pelakon baru tanpa membuat penilaian awal dan sentiasa menyokong rakan gandingannya.
Advertisement

Pelakon, Fasha Sandha tampil mempertahankan aktor, Johan As'ari yang dikritik netizen di media sosial selepas muncul sebagai hero dalam drama terbaharu, Kasih Yang Terkorban.

Menurut Fasha, Johan telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang penggambaran dan dia adalah pilihan penerbit, pengarah serta stesen televisyen.

Advertisement

"Salam dik. Terima kasih kerana menonton. Kakak sangat menghargainya. Cuma, minta jasa baik, berilah peluang kepada hero kakak. Dia seorang yang berbakat dan telah memberikan yang terbaik.

"Dia adalah pilihan penerbit, pengarah dan stesen TV. Dan kerana rezeki Allah juga, dia dapat memegang watak Johari dengan begitu banyak usaha yang dicurahkan," tulisnya di Threads.

Dalam masa sama, Fasha turut mengimbau pengalamannya berkerjasama dengan pelakon, Firdaus Karim yang pada awalnya turut menerima kritikan netizen namun akhirnya berjaya menambat hati penonton.

Sebagai heroin drama tersebut, Fasha menegaskan dia akan sentiasa mempertahankan rakan gandingannya kerana menyaksikan sendiri kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang proses penggambaran.

"Dulu Ustaz Irfan pun kena tegur. Akhirnya, Ustaz Irfan disayangi kerana bakat dan rupa charmingnya. Sekarang hero saya, Johan pula.

"Saya pasti akan back up hero saya kerana saya adalah saksi mereka telah melakukan yang terbaik.
"Mereka datang awal, membaca skrip, sentiasa bersedia dan memberikan usaha sepenuhnya untuk menjayakan naskhah ini," katanya.

Dalam pada itu, Fasha berharap para peminat serta penonton dapat memberi ruang dan peluang kepada mana-mana pelakon yang digandingkan bersamanya tanpa membuat penilaian berdasarkan tanggapan awal.

"Saya berharap penonton dan peminat saya dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang bergandingan dengan saya. Sebab saya pun bukanlah seorang yang sempurna. Saya hanya sedang menyampaikan karya dan mesej melalui skrip.

"Spread love, sayang semua," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement