Skip to main content

Hiburan

Fasha Sandha Enggan Ulas Panjang Isu Tak Bertudung Dalam Drama - “Saya Rasa Perkara Itu…”

Fasha Sandha

Sekilas

  • Fasha Sandha sudah bersedia menerima kecaman berhubung penampilannya yang tidak berhijab dalam beberapa drama lakonannya.
  • Pelakon itu menganggap teguran netizen sebagai tanda prihatin dan menegaskan pentingnya kekuatan mental dalam industri seni.
  • Fasha memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu penampilan tidak bertudung kerana menghormati perbezaan pemahaman dan kepercayaan individu.

Pelakon, Fasha Sandha sudah bersedia untuk berdepan dengan kecaman termasuk mengena penampilannya yang tidak berhijab dalam beberapa drama lakonannya, baru-baru ini.

Menurut pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan ini, dia menganggap setiap teguran yang diberikan adalah sebagai tanda prihatin daripada peminat kepadanya.

"Saya okey saja dan untuk berada dalam Industri terus seni tanah air.

"Saya sendiri yang memilih untuk berada dalam industri ini dan menjadi seorang pelakon.

"Jadi, mental saya sudah kuat untuk menerima segala kecaman dan teguran para netizen. Pada saya mereka mengambil berat,” katanya kepada Gempak.

Fasha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran Astro Fandom, baru-baru ini.

Tambah pelakon filem Nana Tanjung ini, seseorang anak seni itu perlu sentiasa bersedia dan mempunyai kekuatan emosi memandangkan mereka sering menjadi perhatian ramai.

"Kalau nak menjadi seorang pelakon atau selebriti, kena ada mental yang kuat dan bersedia dengan macam-macam kecaman dan sebagainya.

"Saya hanya lakukan tugas sebagai pelakon dan beri yang terbaik. Harap setiap karya lakonan dapat berikan mesej positif kepada penonton," katanya lagi.

Dalam masa yang, Fasha yang kini berusia 42 tahun memaklumkan bahawa dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberikan sebarang ulasan lanjut mengenai penampilannya yang tidak bertudung tudung dalam beberapa naskhah lakonannya.

"Masih tiada komen mengenainya sebab saya rasa perkara itu tidak memerlukan sebarang penjelasan.

"Kalau saya jelaskan, ada yang anggap itu salah kerana pemahaman dan kepercayaan setiap individu berbeza.

"Jadi, lebih baik saya simpan semua alasan itu sendiri. Kalau mereka sayangkan saya, tiada penjelasan yang diperlukan," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement