Sekilas
- Fasha Sandha bersyukur anaknya, Puteri Raysha Jemyma, berjaya mendapat 10A dalam peperiksaan IGCSE baru-baru ini.
- Fasha mengakui rasa terkilan kerana tidak dapat memberi perhatian penuh kepada pembelajaran anak-anak akibat kesibukan kerja.
- Dia memilih untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga walaupun jadual penggambaran padat, dan mendapat pujian netizen atas sikap jujurnya sebagai ibu.
Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Puteri Raysha Jemyma, berjaya memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), baru-baru ini.
Walaupun mendapat keputusan cemerlang, Fasha bagaimanapun sedikit terkilan dan menyalahkan dirinya kerana tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran anak-anak disebabkan tuntutan kerja.
“Saya bersyukur dia berjaya 10 As tapi untuk C dan D tu saya salahkan diri sebab tak dapat nak teman, ajar dan fokus teman dia.
“Good job anak-anak ibu, next term kita buat yang lebih pandai okay. Ibu proud of you semua anak-anak ibu. Anak saya 11 tahun,” kongsinya menerusi hantaran di platform Threads.
Dalam hantaran yang sama, Fasha disebabkan jadual penggambaran yang padat, setiap kali pulang dia lebih memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga berbanding bersikap tegas terhadap anak-anak.
“Saya salahkan kesibukan saya, memang tak dapat nak menyinga sangat. Balik kerja sahaja saya jadi kucing parsi sebab lama tak jumpa sibuk di set.
“Takkan nak menyinga dalam masa yang singkat, kadang-kadang jadi singa ni bagus untuk pelajaran anak-anak kan,” maklumnya.
Perkongsian Fasha itu kemudiannya mendapat respon positif dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memuji sikapnya sebagai seorang ibu yang tidak malu untuk mengakui kesalahan selain sentiasa sentiasa menghargai usaha anak-anak.