Skip to main content

Hiburan

Fathia Latiff Akui Banyak Kesilapan, Jadikan Pengalaman Sebagai Pedoman - “Saya Dulu Sangat Naif”

Fathia Latiff

Sekilas

  • Fathia Latiff mengakui pernah melalui fasa sukar yang membuatkan dia keliru antara yang betul dan salah.
  • Dia menganggap kesilapan lalu sebagai pengajaran penting untuk lebih berhati-hati dalam memberi pandangan.
  • Fathia juga menekankan kepentingan solat dalam merendahkan ego dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Advertisement

Pelakon, Fathia Latiff mengakui dirinya pernah berdepan dengan fasa kehidupan yang membuatkan dirinya sukar untuk membezakan antara perkara yang salah dan juga betul.

Walau bagaimanapun, Fathia menganggap segala kesilapan yang dilakukan itu sebagai pengajaran berharga yang mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan.

Advertisement

“Saya dahulu sangat naif. Saya tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah.

“Banyak kesilapan yang saya lakukan, sekarang saya cuba menasihati apa yang patut atau tidak berdasarkan pengalaman. Semoga semuanya akan menjadi lebih baik, Insya-Allah,” tulisnya di Threads.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Ariana Rose ini turut berkongsi pandangannya mengenai kepentingan menunaikan solat.

Ujarnya, dengan mendirikan solat, seseorang itu mampu membentuk sifat rendah diri dan mengikis ego dalam diri seseorang.

“Bagi saya, solat ini akan merendahkan ego kita, tidak kira siapa pun kita, kita tetap akan tunduk kepada Yang Satu,” tulisnya lagu.

Terdahulu, Fathia menyorot perhatian apabila berkongsi pengalaman dirinua menghadiri sebuah majlis ilmu sebagai salah satu usaha mendekatkan diri dengan aktiviti yang memberi manfaat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement