Anak kepada pelakon, Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya menyorot perhatian apabila menyatakan dirinya terbuka untuk menerima sosok bapa yang baharu dalam hidupnya.
Menerusi potongan video TikTok, Fazura dan Fatima dilihat menjawab beberapa soalan netizen ketika melakukan sesi siaran langsung.
Antara soalan yang ditanyakan termasuklah sekiranya kanak-kanak berusia lima tahun itu mahukan ‘daddy’ baharu.
“Nak,” jawab Fatima.
“Fatima kata dia nak pilih sendiri, Fatima kena ‘approve’ dahulu,” tambah Fazura.
Dalam pada itu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin turut meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buatnya dan Fatima.
“Kenapa haters nak masuk (live) dan marah bila cakap fasal jodoh saya? Jodoh saya, jodoh sayalah. Doakan yang terbaik.”
“Itu bukan urusan anda semua tapi urusan Allah. Doalah yang terbaik untuk saya dan Fatima.”
Untuk rekod, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fattah Amin pada 2017, sebelum bercerai pada 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Sumber: TikTok