Skip to main content

Hiburan

Fatima Seronok Sambut ‘Culture Day’ Dengan Fazura & Fattah Amin - “Saya Ada Kenangan Yang Paling Indah…”

Fatima

Sekilas

  • Nur Fatima Aisya berkongsi momen istimewa sambut Hari Kebudayaan di sekolah dengan persembahan yang membanggakan ibu bapanya, Nur Fazura dan Fattah Amin.
  • Fatima turut gembira dapat meluangkan masa bersama ibu bapanya serta menunjukkan hasil kraf dan menyediakan makanan untuk mereka.
  • Walaupun ibu bapanya sudah bercerai pada Oktober 2024, Fatima masih dikelilingi kasih sayang kedua-duanya dan bersemangat untuk belajar Tahun Satu tahun depan.
Advertisement

Anak kepada pasangan selebriti, Nur Fatima Aisya menyorot perhatian apabila berkongsi momen istimewa sewaktu dirinya menyambut sambutan Hari Kebudayaan di sekolahnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fatima meluahkan rasa gembira kerana dapat membanggakan kedua ibu bapanya yang juga pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin menerusi persembahan yang dilakukannya bersempena sambutan tersebut.

Advertisement

“Saya mempunyai kenangan yang paling indah pada Hari Kebudayaan tahun ini bersama mommy dan daddy.

“Saya berjaya membuatkan mommy dan daddy bangga dengan persembahan saya,” kongsinya.

Malah, Fatima turut berasa gembira kerana dapat meluangkan masa serta melakukan beberapa aktiviti bersama kedua-dua ibu bapanya.

“Saya juga menyediakan sandwic dan yogurt buah-buahan untuk daddy.

“Mommy dan daddy turut berpeluang melihat hasil kraf saya di sekolah hari ini dan saya semakin teruja untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh sebagai persediaan memasuki Tahun Satu pada tahun hadapan.

“Alhamdulillah, terima kasih Allah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan gembira melihat Fatima yang masih dikelilingi kedua-dua ibu bapanya meskipun mereka kini membawa haluan masing-masing.

Untuk rekod, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement