Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berdepan Dengan ‘Maid’ Bermasalah - “Dia Buat Video Menari Lucah Pakai Baju…”

ASTROGEMPAK Fatin Afeefa

Sekilas

  • Fatin Afeefa berkongsi pengalaman buruk dengan bekas pembantu rumah yang mencuri barang dan membawa lelaki masuk ke rumahnya.
  • Bekas pembantu rumah itu juga pernah membuat video tarian lucah memakai pakaian seksi ketika Fatin sedang bekerja dari rumah.
  • Fatin menasihatkan supaya segera menyingkirkan pembantu rumah bermasalah selepas mengalami pengalaman yang sama seperti Ainul Aishah.
Advertisement

Perkongsian pelakon Ainul Aishah mengenai sikap pembantu rumahnya yang bermasalah turut mendapat perhatian bekas aktres Fatin Afeefa. 

 

Advertisement

Fatin berkata dia juga pernah berdepan masalah yang sama apabila bekas ‘maid’ mula mencuri barang termasuk wang dan membawa lelaki masuk ke rumah. 

 

“Red flag. Hantar dia pulang. Pembantu rumah lama saya berperangai sama seperti pembantu awak. Muda lagi. Saya tolak ansur sebab fikir kesian dia kat sini seorang diri. 

 

“Setahun saya layan perangai dia. Kemudian saya perasan, dia tiru saya. Curi baju saya, tudung, mekap, duit dan paling teruk berani bawa lelaki masuk rumah saya. 

Advertisement

 

“Saya belajar dengan cara yang sukar. Singkirkan dia,” balas Fatin di perkongsian Ainul itu. 

 

Bukan itu sahaja, Fatin turut mendakwa bekas pembantu rumahnya pernah membuat video tarian lucah memakai pakaian seksinya. 

 

“Mula baju. Kemudian sesuatu yang lebih besar. Ia jarang sekali berundur ke belakang. Bekas pembantu rumah saya buat video menari lucah pakai baju crop top dan skirt dan anak lelaki saya ada dalam video itu. 

 

“Saya bekerja dari rumah. Dia lakukan perkara itu ketika saya sedang mandi. Saya faham awak ada hati yang baik, sama seperti saya sebelum ini. 

 

“Dia bawa lelaki curi-curi masuk masa saya kat rumah tau. Hanya sebab, saya terlalu baik. Dah kena halau baru la kantoi semua video xxx dengan semua baju saya,” katanya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

Must Watch Video

Advertisement