Sekilas
- Seorang individu di Threads mempersoalkan kenapa ibu bapa obses menghantar anak ke sekolah swasta.
- Fatin Afeefa menjelaskan ibu bapa pilih sekolah swasta kerana faktor keselamatan dan kemudahan seperti kelas kecil dan pengawasan ketat.
- Antara sebab lain adalah kemudahan penghawa dingin yang penting untuk anaknya yang mudah hidung berdarah jika panas.
Hantaran seorang individu di Threads yang mempersoalkan tindakan ibu bapa menghantar anak ke sekolah swasta meraih perhatian.
Menerusi hantaran itu, individu berkenaan ingin mengetahui kenapa terdapat segelintir ibu bapa menjadi obses untuk menghantar anak ke sekolah swasta.
“Apakah obsesi ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah swasta?” tanya individu tersebut.
Membalas hantaran tersebut, bekas pelakon dan usahawan Fatin Afeefa berkata faktor utama ibu bapa lebih memiilih sekolah swasta kerana keselamatan anak.
“Bukan obsesi, lebih kepada sebab keselamatan. Satu sekolah dah ada semua. Sekali dengan kafa, jadi tak payah hantar anak pergi tempat lain lepas sekolah.
“Anak pun tak penat terkejar-kejar sana sini. Selagi driver/parents tak sampai, anak tak boleh keluar dari pintu.
“Satu kelas paling ramai 20 orang, kadang-kadang kurang daripada itu,” kongsi Fatin.
Pada perkongsian yang sama, Fatin juga mendedahkan salah satu sebab juga adalah sekolah swasta mempunyai penghawa dingin.
Ia berikutan anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia mudah mengalami hidung berdarah jika dalam keadaan terlalu panas.
“Akhir sekali, aircond. Anak perempuan saya senang hidung berdarah kalau terlalu panas. Jadi memang kena cari sekolah yang ada aircond. Tapi orang lain kadang tak faham,” ujarnya.
Sumber - Threads