Sekilas
- Fatin Afeefa mengumumkan hak jagaan penuh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, telah diberikan kepadanya sebagai ibu kandung.
- Fatin bertekad untuk meneruskan hidup dengan tenang dan memberi fokus kepada kebajikan Ivy tanpa gangguan lain.
- Mahkamah Syariah juga memutuskan bayaran nafkah bulanan dinaikkan dan yuran persekolahan ditanggung sepenuhnya oleh bekas suami Fatin.
Bekas pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila kes melibatkan hak jagaan anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia akhirnya sudah berakhir dengan berita baik.
Menerusi perkongsian di Threads, Fatin memberitahu segalanya sudah diteliti dan keputusan hak jagaan kekal penuh diberikan kepadanya sebagai ibu kandung.
“Alhamdulillah. A long journey finally comes to an end. Everything has been finalised. Hak jagaan kekal penuh diberikan kepada saya sebagai ibu kandung,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Fatin yang juga pempengaruh berusia 32 tahun itu berkata dia mahu meneruskan kehidupan dengan tenang dan memberi tumpuan kepada perkara penting sahaja.
“Now it’s time to move forward peacefully and focus on what truly matters, Ivy. Tiada lagi alasan, tiada lagi desakan yang tidak perlu.
“Suara Ivy juga penting, dan dia berhak didengari. Mari kita laksanakan peranan kita dengan sewajarnya untuknya.” katanya lagi.
Pada Mei lalu, Fatin Afeefa bersyukur perjuangan tiga tahun untuk mendapatkan hak anak perempuan, Ivy Herra Sophia, terbayar.
Fatin atau nama penuh, Fatin Nur Afifah Shamsudin, memberitahu Mahkamah Syariah memutuskan bayaran nafkah bulanan dinaikkan dan yuran persekolahan ditanggung sepenuhnya bekas suami, Adam Shahz.
Fatin turut mengakui tempoh tiga tahun berulang-alik ke mahkamah bagi memperjuangkan hak anaknya bukanlah perjalanan mudah, namun, dia tetap cekal demi memastikan keadilan buat Ivy.
Sumber - IG & Threads