Sekilas
- Pelakon Fatiya Latif berkongsi pengalaman melalui fasa sukar yang membuatkan dia mempersoalkan nilai diri, cara hidup dan kerjayanya.
- Fatiya kini lebih mengutamakan ketenangan, keikhlasan, dan kehidupan yang bermakna serta normal.
- Netizen memberikan sokongan dan doa agar Fatiya terus diberikan ketenangan dalam hidupnya.
Pelakon, Fatiya Latif menyorot perhatian apabila berkongsi luahan mengenai fasa sukar yang pernah dilaluinya.
Menerusi ciapan di Threads, Fatiya memaklumakn dia pernah melalui fasa sukar sehingga membuatkan dia mempersoalkan beberapa perkara dalam kehidupan.
“Saya pernah melalui fasa teruk di mana saya mempersoalkan nilai diri, cara hidup dan kerjaya saya,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Ariana Rose ini memaklumkan dia kini lebih mengutamakan ketenangan serta keikhlasan bagi membantunya mendapatkan kehidupan yang lebih bermakna.
“Sekarang saya berada pada tahap di mana saya tidak perlukan semua orang untuk memahami segala-galanya.
“Saya cuma mahukan ketenangan, orang yang ikhlas, perkara bermakna untuk dilakukan dan kehidupan yang benar-benar terasa ‘normal’.
“Mungkin inilah rasanya apabila semakin dewasa,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan Fatiya dan mendoakan agar pelakon itu sentiasa diberikan ketenangan.
Sumber: Threads