Skip to main content

Hiburan

Fattah Amin Tegur 'Haters', Mohon Jaga Adab & Elak Cakap Perkara Tak Baik - "Tempat Anda Bukan Disini..."

Fattah Amin
Advertisement

Fattah Amin Tegur 'Haters', Seru Jaga Adab & Elak Cakap Perkara Tak Baik - "Tempat Anda Bukan Disini..."

Pelakon, Fattah Amin memberi teguran kepada segelintir individu yang cuba memberi 'vibe' negatif setiap kali dia dan isteri, Amira Othman membuat siaran langsung di media sosial.

Advertisement

Menerusi satu potongan video yang dikongsikan di media sosial, Fattah dilihat menasihati mereka yang gemar melontarkan kata-kata kurang baik agar lebih menjaga tutur kata.

“Tempat anda bukan di sini. Tempat anda di tempat lain. Tempat sini, ruangan sini adalah untuk mencari rezeki, bercakap yang baik-baik saja. Okey?” katanya.

Fattah turut menasihati agar individu yang merasakan diri ingin berkata sesuatu yang tidak baik supaya menukar kepada perkara yang lebih positif.

Advertisement

“Ruang ini bukan untuk nak cakap benda-benda tak baik. Kalau rasa nak cakap benda tak baik, tukar kepada benda-benda yang baik. Kalau rasa nak cakap benda tak baik, baik keluar. Jangan masuk sini," ujarnya lagi.

Fattah berkata demikian selepas Amira bertanyakan mengapa 'haters' sering masuk ke dalam sesi siarang langsung mereka meskipun tidak suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Fattah Amin.

"Itu lah org sibuk cari rezeki haters sibuk nak masuk juga hahaha benci tapi tengok juga kan hahahha.

"Bestnye jd org yg sntiasa berprasangka baik cmni. ckp pn baik2. aaaa sis cubaaa sis cubaaa.

"Haters tengah koyak ke tuuu 🤭 dh tak suka sbk nk msk live ...tk malu ehh 😅.

"Mantap lah .terasa haters sampai hempedu.

"Lurve her vibes ! kau tak suka kau tengok buat apa pastu mengelupur," komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

NATUWREL DONNA PISTACHIO SAUCE

NATUWREL DONNA PISTACHIO SAUCE

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement