Sekilas
- Fattah Amin berkongsi ucapan hari jadi buat anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 6 tahun, di platform Threads.
- Pelakon itu mendoakan agar Fatima membesar menjadi anak solehah, pintar, dan sentiasa dilindungi Allah SWT.
- Fatima adalah anak hasil perkahwinan Fattah dengan Nur Fazura, dan Fattah kini sudah berkahwin dengan Amira Othman serta mempunyai seorang anak lelaki.
Pelakon, Fattah Amin menzahirkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran anaknya, Nur Fatima Aisya yang kini menginjak usia 6 tahun.
Menerusi Threads, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin ini mendoakan agar anaknya itu membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
“Happy Birthday, my little princess Fatima.
“Semoga membesar menjadi anak yang solehah, pintar, sihat tubuh badan, di lindungi dan limpahi rahmat Allah selalu,” ujar Fattah.
Tambah pelakon filem KL Special Force ini, dia akan sentiasa menyayangi Fatima hingga akhir hayat.
“Daddy loves you more than words can ever say. Today, tomorrow, and forever,” tambahnya.
Sekadar info, Fatima merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Fattah dan pelakon, Nur Fazura.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober 2024.
Fattah kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Amira Othman pada 14 September 2025 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Jarir Umar yang dilahirkan pada 23 Jun 2026.
Sumber: Threads