Skip to main content

Hiburan

Fauzi Nawawi Kongsi Momen Sayu Selepas Pemergian Arwah Abang Pada Ramadan 2024 - “Saya Sangat Terkejut Sampai Beraya Di Hospital”

Fauzi Nawawi

Sekilas

  • Pelakon Fauzi Nawawi berkongsi pengalaman menyambut 1 Syawal di hospital selepas kehilangan abang tercinta pada Ramadan 2024.
  • Fauzi terkejut dengan pemergian abang secara mengejut dan merasa terkilan kerana tidak sempat minta maaf sebelum arwah meninggal dunia.
  • Fauzi bersyukur dengan sokongan isteri, Lisdawati, yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangatnya dalam menghadapi detik sukar.

Pelakon, Fauzi Nawawi berkongsi pengalamannya yang terpaksa menyambut 1 Syawal di hospital selepas beberapa hari kehilangan abang tercinta pada Ramadan 2024 yang lalu.

Menurut Fauzi atau nama lengkapnya, Muhammad Fauzi Mohd Nawawi, insiden itu pasti akan menggamit perasaan sayu dalam dirinya setiap kali menjelang Aidilftri.

"Pemergian abang secara mengejut memberi kesan kepada saya. Pagi itu kami ada berborak di telefon, rancang nak konvoi ziarah saudara mara masa raya di kampung di Pantai Remis, Perak.

"Abang juga ada tanya bila nak balik berbuka, tapi petang sama saya dapat tahu dia sakit dan malamnya meninggal dunia. Selepas kematian abang, ada sedikit kejadian yang buatkan saya jatuh sakit.

"Saya terlampau terkejut. Ada benda yang saya nak beri pada arwah tak kesampaian. Saya reda, cuma terkilan tak sempat minta maaf. Saya kerap bergurau kasar dengan abang," katanya kepada Gempak.

Fauzi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di set bazar Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di Bazar Ramadan Presint 3 pada Isnin.

Pelakon filem Polis Evo 3 ini walau bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana mempunyai isteri, Lisdawati yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam memulihkan semangatnya.

"Isteri saya bukan rusuk kiri, sebaliknya  tulang belakang dan pembakar semangat untuk saya kembali kuat melalui detik sukar.

"Kehidupan selesa dan bahagia yang saya nikmati hari ini pun salah satunya adalah asban doa serta nasihat isteri," ujarnya

Terdahulu, abang kepada Fauzi yang merupakan anak keenam daripada 12 adik-beradik meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pada 25 Ramadan 2024.

Dalam perkembangan lain, Fauzi muncul sebagai tetamu dalam episod pertama program realiti Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani yang dikendalikan pelakon, Zizan Razak.

Rancangan masakan Dapur Goodday itu kembali dengan musim kedua bermula pada 18 Februari lalu di saluran Astro Ria.

Anda mungkin berminat dengan

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement