Skip to main content

Hiburan

Fauziah Nawi Nasihat Jangan Mudah Cari Salah Dan Persendakan Orang Lain - “Mereka Lupa Bahawa…”

Fauziah Nawi Nasihat Jangan Mudah Cari Salah Dan Persendakan Orang Lain - “Mereka Lupa Bahawa…”

Sekilas

  • Datuk Fauziah Nawi menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah menghukum atau merendahkan orang lain tanpa mengetahui perjalanan hidup mereka.
  • Beliau menegaskan bahawa setiap individu mempunyai kelemahan dan kisah perjuangan yang tidak diketahui umum.
  • Fauziah tidak menyebut nama atau situasi tertentu dalam perkongsiannya di Threads.
Advertisement

Aktres versatil, Datuk Fauziah Nawi menasihatkan orang ramai agar tidak mudah menghukum atau merendahkan orang lain tanpa mengetahui perjalanan hidup serta perjuangan yang dilalui mereka.

Menerusi perkongsian di Threads, Fauziah berkata, ada individu begitu mudah mencari kesalahan sehingga merasakan diri berhak mempersendakan kehidupan orang lain.

Advertisement

“Ada manusia yang begitu mudah menghukum, menghina, mencari kesalahan dan mempersendakan orang lain.

“Seolah-olah dirinya terlalu sempurna sehingga merasakan mempunyai hak untuk merendahkan kehidupan orang lain,” tulisnya.

cvf

Dalam perkongsian sama, penerima Anugerah Sepanjang Zaman Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) itu turut mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai kelemahan dan kisah hidup yang tidak semestinya diketahui umum.

Advertisement

“Mereka lupa bahawa setiap manusia mempunyai perjalanan hidup, kelemahan, kesilapan dan perjuangan yang tidak semestinya diketahui oleh orang lain,” katanya.

Bagaimanapun, Fauziah tidak menamakan mana-mana individu atau memperincikan situasi yang dimaksudkan menerusi perkongsian tersebut.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement