Skip to main content

Hiburan

Fazley Yaakob 'Cari' Tarikh Kahwin Dengan DSV - "Bulan Berapa Yang Cantik..."

Pelantun lagu Asmara ini itu turut membuka ruang kepada pengikut untuk memberikan cadangan berhubung tarikh yang sesuai sekiranya majlis mereka bakal diadakan.

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi hasrat mencari tarikh sesuai untuk berkahwin pada tahun 2027 dan meminta cadangan netizen mengenai bulan yang cantik untuk majlis pernikahan.
  • Netizen mencadangkan beberapa tarikh unik seperti 27-7-27 dan menyarankan pernikahan diadakan sebelum Ramadan untuk mendapat keberkatan.
  • Fazley menegaskan perancangan perkahwinan perlu dibuat dengan teliti dan tidak tergesa-gesa, serta menafikan sudah berkahwin dengan Datuk Seri Vida.
Advertisement

Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian netizen selepas berkongsi hasrat mencari tarikh yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2027.

Menerusi hantaran di Threads, Fazley atau nama lengkapnya, Ahmad Fadzli Yaakob meminta cadangan orang ramai mengenai bulan yang dianggap cantik untuk melangsungkan pernikahan.

Advertisement

“Bella ada Syed Saddiq. Dato’ Siti ada Dato’ K.

“Saya ada benda nak tanya, bulan berapa yang cantik untuk nikah eh kalau tahun 2027?” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk berkongsi cadangan tarikh pernikahan yang dianggap menarik, termasuk tarikh dengan susunan nombor yang unik.

Advertisement

“27-7-27.”

“2/7/27, Datuk.”

“07.07.2027 okay tak?”

“Ini tarikh saya, tapi saya kongsi juga 27.02.27,” tulis beberapa netizen.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mencadangkan agar pernikahan dilangsungkan sebelum Ramadan kerana menganggap bulan tersebut sebagai waktu yang baik untuk menghalalkan hubungan.

“ Sebelum Ramadan. Banyak pahala dan rahmat dapat menghalalkan hubungan di bulan mulia,” komen seorang pengguna.

Bagaimanapun, Fazley tidak mahu perancangan untuk mendirikan rumah tangga dilakukan secara tergesa-gesa.

“Awal sangat tu. Perancangan kena proper dan tak boleh kelam-kabut,” balasnya.

Terdahulu, Fazley mengakui majlis perkahwinannya bersama usahawan, Datuk Seri Vida (DSV), tidak mungkin akan diadakan secara terlalu sederhana.

Menurut Fazley, agak luar biasa sekiranya majlis yang melibatkan DSV dianjurkan dalam skala yang terlalu kecil. Fazley sebelum ini turut menafikan dakwaan bahawa dirinya sudah berkahwin dengan DSV. 

Katanya, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum mereka melangkah ke alam perkahwinan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement