Skip to main content

Hiburan

Fazley Yaakob Intai Majlis Kahwin Dengan DSV? - “Bulan 10 Dah Jadi Milik…”

Pelantun lagu Asmara ini itu turut membuka ruang kepada pengikut untuk memberikan cadangan berhubung tarikh yang sesuai sekiranya majlis mereka bakal diadakan.

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob memilih untuk menyekat individu yang memberikan komen negatif dan tidak beradab terhadapnya di media sosial.
  • Fazley mengucapkan terima kasih kepada pengikut yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata positif kepadanya.
  • Beliau juga membuka ruang untuk pengikut mencadangkan tarikh sesuai bagi majlis perkahwinannya yang akan datang.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memilih untuk tidak mengambil endah dengan komen negatif terhadapnya bersama usahawan, Datuk Seri Vida. 

Menerusi satu hantaran di Threads, Fazley berkongsi telah menyekat atau ‘block’ individu yang dianggap keterlaluan dalam memberikan komen terhadap dirinya.

“Ok guys, let’s move on ya! Thank you semua yang sentiasa beri kata-kata positif dan teguran yang membina. Moga baik-baik sahaja semuanya lepas ni.

Advertisement

“Yang acah-acah bagus dan berkata-kata tanpa adab tu saya dah block tau siap-siap,” katanya.

Menurut Fazley, tindakan tersebut dibuat bagi mengelakkan dirinya terus terdedah kepada komen atau pandangan yang tidak membina.

“Rugi lah diorang tu sebab tak dapat baca update dan tengok video-video dan dengar gelak ketawa DSV tu,” ujarnya. 

Dalam hantaran sama, Fazley turut menzahirkan penghargaan kepada pengikut yang masih setia menyokongnya dalam susah dan senang.

Pelantun lagu Asmara ini itu turut membuka ruang kepada pengikut untuk memberikan cadangan berhubung tarikh yang sesuai sekiranya majlis mereka bakal diadakan.

“So korang yang tak di-block tu, terima kasih kerana masih setia bersama susah dan senang.

“Ada cadangan ke bila patutnya majlis kami diadakan? Bulan 10 dah jadi milik pasangan lain,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement