Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Kongsi Detik Vida Seolah-Olah Dirasuk Ketika Nightwalk - “Keadaan ‘Mereka’ Sangat Kuat’

Fazley Yaakob Kongsi Detik Vida Seolah-Olah Dirasuk Ketika Nightwalk - “Keadaan ‘Mereka’ Sangat Kuat’

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi bahawa Datuk Seri Vida mengalami ketidakselesaan semasa penggambaran program Nightwalk baru-baru ini.
  • Sesi penggambaran terpaksa dihentikan awal selepas Vida merasakan kehadiran 'mereka' yang membuatkan dia kurang selesa.
  • Fazley membantu Vida dengan berubat dan membaca ayat suci Al-Quran, dan keadaan Vida kini sudah pulih seperti biasa.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memaklumkan usahawan, Datuk Seri Vida berdepan dengan situasi yang tidak diduga ketika penggambaran program Nightwalk baru-baru ini.

Bagaimanapun menerusi perkongsian di Instagram, Fazley memaklumkan keadaan Vida yang kurang selesa ketika menyertai sesi Nightwalk bersama pelakon Roslan Shah pada malam kelmarin kini sudah kembali pulih.

Advertisement

Menurut Fazley, sesi penggambaran berkenaan terpaksa dihentikan lebih awal selepas Vida atau DSV merasakan dirinya kurang selesa pada ketika itu.

“‘Mereka’ wujud… Alhamdulilah, semua okay, jangan risau, @datoserivida kesayangan korang semua dah pulih malam tu juga,” maklumnya.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan video pendek merakamkan Fazley sedang menenangkan Vida sambil ‘berubat’ dan membaca ayat suci Al-Quran sebelum seolah-olah membuang ‘sesuatu’ yang singgah di dalam badan wanita itu.

Advertisement

“Sesi Nightwalk bersama @realroslanshah terpaksa dihentikan awal pada malam kelmarin, kerana DSV rasa kurang selesa dan kehadiran ‘mereka’ agak kuat pada saat itu.

“Namun dengan izin Allah dan ayat-ayat suci Al-Quran semuanya masih dalam kawalan.

“Terima kasih semua yang DM saya bertanyakan khabar DSV ya,” kongsinya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Fazley kerana membantu Vida.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Shawl Cotton Jersey Ironless Sejuk Lembut Jahitan Baby Seam

Shawl Cotton Jersey Ironless Sejuk Lembut Jahitan Baby Seam

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement