Skip to main content

Viral

Fazley Yaakob Mohon Netizen Beri Peluang Kepada Content Creator Masakan - "Tak Perlu Jadi Juri Ala MasterChef"

Astro Gempak fazley masakan

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menyeru orang ramai memberi ruang kepada content creator masakan untuk terus berkarya tanpa dihujani kecaman berlebihan.
  • Fazley menegaskan kebanyakan pencipta kandungan masakan bertujuan memudahkan orang baru belajar memasak dan tidak perlu dijudge seperti juri Masterchef.
  • Beliau mengingatkan supaya bulan Ramadan dimanfaatkan untuk perkara baik dan tidak menyakiti hati orang lain melalui kritikan yang tidak berasas.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menyuarakan pandangan susulan isu kritikan terhadap content creator masakan yang didakwa tidak mengikut teknik profesional.

Menerusi satu hantaran di Threads, Fazley menyeru orang ramai agar memberi ruang dan peluang kepada pencipta kandungan masakan untuk terus berkarya tanpa dihujani kecaman berlebihan.

“Bagilah peluang kpd mereka yang dah selalu buat content resepi tu bernafas. Takde masalah besar pun kalau ada cara dan resepi yg tak menepati teknik profesional. Selama ni ramai je yg sokong, kenapa perlu pilih kasih sekarang," tulisnya.

Menurut Fazley, kebanyakan pencipta kandungan menghasilkan resipi dengan tujuan memudahkan orang ramai, khususnya mereka yang baru ingin belajar memasak.

“Diorang buat resepi supaya orang2 yg nak belajar mudah faham. Kita tak perlu nak judge and jadi juri ala masterchef pun.

“Enjoy the videos sudah, kalau tak suka tak payah tengok banyak kali semata2 nak cari salah.

“Dah! gi kumpul pahala ramadan, x perlu sakitkan hati org!" tambahnya.

Dalam pada itu, Fazley menegaskan bulan Ramadan sepatutnya dimanfaatkan untuk perkara yang lebih baik, bukannya menyakiti hati orang lain.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial tampil mengecam resepi yang dimuat naik Che Sayang Kitchen. Sebagai seorang cef, dia mempersoalkan cara masakan Che Sayang Kitchen yang ringkas.

Che Sayang Kitchen tampil memberikan respons terbuka susulan kritikan yang diterima di media sosial.
 

Anda mungkin berminat dengan

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Must-Watch Video

Advertisement