Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Nasihat, Henti Bandingkan Kedudukan - “Yang Terkeluar Awal Tak Semestinya Terus Hilang…”

Fazley banding
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangan mengenai persepsi segelintir pihak yang sering menjadikan kedudukan dalam pertandingan realiti sebagai ukuran kejayaan seseorang artis.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazley berkata status juara tidak semestinya menjamin seseorang akan terus popular atau memperoleh lebih banyak peluang berbanding peserta lain.

Advertisement

“Juara tak semestinya murah rezeki? Ramai yang suka bandingkan status juara, finalis dan ‘keluar awal’ dalam pertandingan realiti.

“Juara tak semestinya popular dan yang terkeluar awal tak semestinya terus hilang dalam industri,” tegasnya.

Dalam hantaran yang sama juga, Fazley berharap orang ramai lebih berhemah ketika memberikan komen terhadap perjalanan karier seseorang anak seni.

Advertisement

“Realiti ini memang pahit untuk ditelan, banyak dah program seperti Akademi Fantasia, Big Stage, TTMM, Mentor, Gangstarz di mana keputusan final tak menggambarkan perjalanan seni seseorang.

“Usaha tak sama dengan ‘rezeki’. Jangan mudah menghina jatuh bangun seorang anak seni. Please be nice netizens, boleh?” coretnya.

Perkongsian Fazley itu ternyata mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju bahawa kejayaan dalam industri hiburan tidak hanya ditentukan oleh kemenangan dalam pertandingan.

Sebaliknya, perkara itu bergantung kepada usaha berterusan, bakat serta rezeki yang telah ditetapkan.

Anda mungkin berminat dengan

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement