Sekilas
- Datuk Fazleey Yaakob menegaskan bahawa seorang ayah tidak harus dihalang daripada bertemu anak walaupun wujud konflik dengan bekas pasangan.
- Fazley berkongsi bahawa kasih sayang seorang ayah penting dan tidak wajar dipisahkan daripada anak-anak walau apa pun berlaku.
- Beliau mengingatkan bahawa selain kasih ibu, kasih seorang ayah juga membawa kebaikan dan kehangatan dalam kehidupan anak-anak.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazleey Yaakob berkongsi pandangan mengenai peranan seorang bapa dalam kehidupan anak-anak terutamanya apabila berdepan dengan konflik rumah tangga.
Menerusi hantaran yang dibuat di aplikasi Threads, Fazley berkata, apa sahaja persepsi masyarakat atau cerita daripada pihak bekas pasangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada seorang ayah untuk bertemu anaknya.
“Tak kisahlah apa orang cakap about you dan apa jua cerita dari side ex wife, the moment seorang ayah minta agar tidak disusahkan proses dia jumpa anak...
“You already showed your daughter that you have a good fatherly heart,” coretnya.
Malah Fazley juga menegaskan bahawa seorang ayah tidak wajar dipisahkan daripada anak-anak kerana mereka juga berhak menerima kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak.
“Jangan pernah pisahkan kasih sayang seorang ayah pada anak-anaknya walau apa pun berlaku.
“Benar syurga di bawah telapak kaki ibu, tapi kasihnya ayah juga membawa ke syurga,” kongsinya.
Berikut merupakan perkongsian Fazley:
