Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Nasihat, Wanita & Lelaki Harus Jaga Penampilan - “Ramai Cakap Rupa Tak Penting Tapi Dalam Hati Tetap Nak…”

Fazley

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menasihatkan masyarakat supaya lebih realistik dalam memilih pasangan, terutama dari segi penampilan diri.
  • Fazley menegaskan bahawa tidak wajar meletakkan standard fizikal tinggi jika diri sendiri tidak menjaga penampilan.
  • Walaupun ramai kata rupa paras bukan keutamaan, faktor fizikal tetap memainkan peranan dalam tarikan awal pasangan.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menasihatkan agar masyarakat lebih realistik dalam soal memilih pasangan, khususnya berkaitan aspek penampilan diri.

Menurut Fazley, adalah tidak wajar untuk seseorang meletakkan standard fizikal yang tinggi terhadap bakal pasangan sekiranya diri sendiri tidak berusaha menjaga penampilan.

“Maaflah nak cakap, ramai perempuan nakkan lelaki ada badan yang sedap mata memandang, tapi kenapa perempuan yang nakkan lelaki macam tu kurang rajin menjaga penampilan diri eh?” tulisnya menerusi laman Threads.

Bagaimanapun, Fazley berkata situasi sama juga berlaku dalam kalangan lelaki yang mengimpikan wanita berpenampilan menarik namun gagal melakukan perkara sama terhadap diri sendiri.

“Sama lah macam lelaki lelaki yang impikan perempuan yang pandai bermake up dan badan macam anak dara.

“Tapi diri sendiri macam tak ada usaha untuk buat apa-apa, tetap bau kepam dan gelebeh sini sana,” ulasnya.

Tambah Fazley, walaupun ramai yang sering menyatakan bahawa rupa paras bukanlah keutamaan dalam mencari pasangan, namun hakikatnya faktor fizikal masih memainkan peranan dalam tarikan awal.

“Ramai cakap ‘rupa tak penting’ tapi dalam hati korang tetap suka stalk orang orang yang ada rupa kan? Kena adil lah kan?” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian Fazley:

 

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement