Sikap mesra pelakon, Nur Fazura ketika berjumpa peminat di Bangkok baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila videonya tular di media sosial.
Menerusi rakaman video tersebut, Fazura dilihat beramah mesra, bersalaman serta bergambar dengan beberapa peminat.
Advertisement
Namun, apa yang mencuri tumpuan ialah tindakan aktres itu yang terlebih dahulu menghulurkan salam, sekali gus membuatkan ramai menyifatkan dirinya seorang yang sangat humble dan penuh hormat.
@fazura.officialstore masyaAllah tengok la tu sorang2 dia sapa dan salam, Fazura memang insan luar biasa patut ramai yang sayang dia 😍🥰😘 #fazura #tudungfazura #fatima #fatzura ♬ Sahabat Tak Akan Pergi - Betrand Peto Putra Onsu & Anneth
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan keperibadian Fazura yang dianggap berbeza berbanding segelintir artis lain.
“Weh.. dia salam semua. She looks so humble. Sesetengah artis salam lebih kurang je. She blend well with anyone,” tulis seorang pengguna.
“Humblenya. Dia g salam dulu, bukan tunggu orang salam dia. Aku rasa aku dah rosak, tengok orang salam-salam pun sebak nangis.
“Dia yang hulur tangan kat orang. Fazura memang selalu layan orang sekeliling baik-baik je. Sangat humble dan besar hati. Moga dia dikelilingi orang baik-baik sentiasa,” tambah seorang pengguna.
Ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi bertemu aktres itu secara berdepan.
“Dah pernah jumpa depan-depan. Even mak Fazura pun sangat humble dan soft spoken. Patutlah Fazura pun cantik luar dalam. Semoga Allah sentiasa rahmati Fazura dunia akhirat,” tulis seorang lagi.
“Saya pernah jumpa Kak Faz. Baik sangat. Dia punya baik tu bukan buat-buat tau, kalau buat-buat kita akan rasa lain. Semoga Allah permudahkan urusan Faz & Fatima sekeluarga,” komen seorang peminat.
Sikap positif pelakon Pisau Cukur itu nyata membuatkan dirinya terus mendapat tempat istimewa di hati peminat yang bukan sahaja mengagumi bakat lakonannya, malah personaliti rendah dirinya.