Skip to main content

Artis Tempatan

Fazura Kata Dah ‘Bersara’ Dari Drama TV, Ramai Peminat Tak Setuju - “Berehat Takpe, Jangan Bersara…”

fazura

Pelakon senior, Namron meluahkan rasa rindu untuk menonton lakonan Nur Fazura selepas sekian lama aktres itu tidak muncul di layar kaca televisyen.

Menerusi satu perkongsian di Thread, Namron memuat naik klip pendek berbentuk intro drama. 

Advertisement

“Dah lama tak tengok Miss Fazura berlakon. Terubat juga rindu dapat tengok klip ni,” tulisnya

Perkongsian tersebut menarik perhatian Fazura yang kemudian meninggalkan komen seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sudah bersara daripada berlakon drama di Malaysia.

“Betul la tu bang.. saya dah bersara dari berlakon kat TV di Malaysia” tulisnya.

Namun, kenyataan itu tidak dipersetujui ramai peminat yang tampil menzahirkan rasa kecewa selain berharap Fazura kembali berlakon.

“Persaraan anda ditolak. Anda diarahkan kembali berlakon di layar TV dan pawagam serta-merta.

“Jangan cuba-cuba nak bersara yer Faz!!!

“Rindu juga tengok Fazura berlakon. Berlakonlah balik.

“Berehat tak apa, jangan bersara ya.

“Your retirement has been declined. Please do a comeback. You’re THE Nur Fazura,” komen beberapa netizen.

Pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu sebelum ini lebih aktif sebagai usahawan dan dilihat jarang muncul dalam projek drama atau filem tempatan.

Get Outlook for iOS

Shopee 9.9 Sale

Jimat RM900 Segera di Troli Shopee Anda!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Tekan untuk tuntut sekarang!

Must-Watch Video