Sekilas
- Han ZK berkongsi momen bersama ibunya yang malu berjalan di ibu kota kerana rasa kampungan di Threads.
- Han meyakinkan ibunya supaya tidak perlu malu kerana dia akan sentiasa menemani wanita itu.
- Pelakon Nur Fazura meninggalkan komen menawarkan diri untuk menemani ibu Han berjalan-jalan, yang membuatkan Han teruja kerana ibunya peminat Fazura.
Seorang individu berjaya menyorot perhatian pelakon, Nur Fazura selepas berkongsi momen bersama ibunya di Threads.
Menerusi hantaran tersebut, individu yang dikenali sebagai Han ZK itu berkongsi perbualannya bersama ibunya yang berasa malu untuk berjalan di sekitar ibu kota kerana menganggap dirinya kelihatan seperti orang kampung.
Bagaimanapun, Han meyakinkan ibunya supaya tidak perlu berasa malu kerana dia akan sentiasa menemani wanita kesayangannya itu.
“Dik mama malu la. Kampungan betul”
“Tak apa, mama rilek je, adik teman,” tulis individu tersebut.
Perkongsian tersebut kemudiannya menarik perhatian Fazura yang secara spontan meninggalkan komen dan menawarkan diri untuk menemani ibu Han sekiranya ingin berjalan-jalan.
“Jom, aunty. Aunty nak jalan ke mana? Cakap saja,” tulis Fazura.
Komen tersebut nyata membuatkan Han teruja apabila menyedari selebriti berkenaan sendiri memberikan respons terhadap perkongsian yang dibuatnya.
Malah, Han sempat memberitahu Fazura bahawa ibunya merupakan peminat kepada pelakon berkenaan.
“KAK PAJURAAA. MAMA KITA FANS KAMUU,” tulisnya.
Sumber: Threads Han.zk