Skip to main content

Hiburan

Fazura Titip Ucapan Penuh Bermakna Buat Chot - “Awak Menyaksikan Saat Paling Gelap, Air Mata, Harapan & Ketakutan Saya…”

Fazura

Sekilas

  • Nur Fazura berkongsi ucapan istimewa di Instagram sempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya, Chot, yang sentiasa ada di sisinya dalam setiap fasa kehidupan.
  • Fazura menghargai sokongan Chot yang tidak pernah gagal memberi semangat dan kasih sayang, termasuk kepada anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
  • Fazura mendoakan agar Chot sentiasa dilindungi, diberi kesihatan baik dan diberkati dalam setiap urusan hidupnya.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Nur Fazura menitipkan ucapan istimewa buat sahabat baiknya yang dikenali sebagai Chot sempena ulang tahun kelahirannya. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazura meluahkan rasa syukur kerana Chot sentiasa berada di sisinya dalam setiap fasa kehidupan, baik ketika saat bahagia mahupun detik paling sukar.

 

“Chot, saya tak ada kata-kata yang boleh digambarkan betapa awak pentingnya untuk saya, Fatima, keluarga dan rakan-rakan kita. Berpuluh tahun sudah kita layari bahtera kehidupan ini bersama. 

 

“Dari saya muda dan single, shooting dari satu lokasi ke lokasi lain, fasa #FacingUpToFazura, hadirnya Fatima dalam perut saya (takkan lupa Chot antara orang pertama terduduk menangis saat dapat berita tu) dan sekarang (til forever mudah-mudahan), Chot SENTIASA ada. ❤️🕊️,” katanya.

 

Menurut Fazura lagi, Chot bukan sekadar sahabat, malah individu yang sentiasa menjadi tempat bergantung ketika dia berdepan pelbagai cabaran hidup.

 

“Selain daripada ketawa saya yang berterusan - awak juga salah seorang yang menyaksikan saat-saat paling gelap saya, air mata, harapan dan ketakutan saya. 

 

“Chot tidak pernah gagal untuk sentiasa senyum dan cakap ‘Tak apa kak, awak buat apa sahaja yang terbaik untuk awak… saya di sini, Chot ada’ (🙏🏻😭💖),” kongsinya. 

 

Dalam masa sama, penyanyi lagu Kisah Terbaik itu turut berterima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan Chot kepada anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, yang disifatkan begitu tulus dan tidak berbelah bahagi.

 

“Terima kasih Chot, kerana setia bersama saya selama ini tetapi yang paling penting, kerana menyayangi anak saya tanpa syarat. Fatima seolah nyawa Chot… apa saja Chot buat, semua demi kasih-sayang Chot untuknya. 

 

“Awak telah menelan banyak kesakitan tetapi saya harap awak juga tahu jauh di lubuk hati awak betapa kami semua HARGAI dan SAYANGI Chot. Awak adalah keluarga kami! 🌸

 

Mengakhiri perkongsian, Fazura turut menitipkan doa agar Allah SWT sentiasa melindungi Chot daripada segala niat jahat manusia, mengurniakan kesihatan yang baik serta memberkati setiap urusan dan kebaikan yang dilakukannya.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement