Skip to main content

Hiburan

Fazziq & Isteri Bahagi Kerja Rumah, Menu Pertama Lepas Kahwin...Spageti Bolognese Air Tangan Suami - “Dia Basuh Pinggan, Saya Kemas…”

fgddfg

Sekilas

  • Fazziq Muqris kongsi hidupnya tak banyak berubah selepas kahwin, cuma tanggungjawab sebagai suami makin besar.
  • Isterinya, Sharifah Areeqa, kata hidup lebih mudah sebab Fazziq banyak tolong urus kerja rumah secara bersama.
  • Menu pertama Fazziq masak selepas kahwin ialah spaghetti bolognese, seperti dalam filem Game Plan.

Penyampai radio Era dan pelakon, Fazziq Muqris mengakui kehidupannya tidak begitu banyak perubahan selepas bergelar suami kepada Syarifah Areeqa.

Menurutnya, Fazziq atau nama penuhnya Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff, 25, walaupun rutin hariannya hampir sama, fokus utamanya kini adalah menjaga isterinya, Sharifah Areeqa, selain menyeimbangkan kerjaya dan gaya hidup aktifnya.

“Sebenarnya tak banyak berubah. Cuma tanggungjawab sebagai suami tu lebih besar.

“Banyak perkara yang saya kena jaga untuk Areeqa. Tapi, kebanyakan pun kami habiskan bersama dan buat kerja sama-sama,” katanya ketika ditemui Gempak.

Sementara itu, Areeqa pula mendedahkan hidup selepas kahwin lebih mudah kerana sifat suaminya yang banyak membantu menguruskan hal kerja rumah.

“Memang berbeza sebab sebelum ini saya tak pernah berkongsi hidup dengan sesiapa.

“Tapi Alhamdulillah, dengan dia semuanya mudah. Kami buat kerja rumah seperti satu pasukan.

“Dia basuh pinggan, saya kemas. Dia masak… kadang-kadang saya cuma tengok,” ujar Areeqa. 

Areeqa turut mendedahkan menu pertama yang dimasak suaminya selepas berkahwin. 

“Spaghetti bolognese! Macam dalam filem Game Plan yang The Rock masak bolognese besar-besar tu. Begitulah bolognaise yang dia buat.” tambahnya.

Sebelum ini, Fazziq Muqris selamat bergelar suami kepada pasangannya, Sharifah Areeqa pada hujung November lalu  dengan sekali lafaz.

Pada majlis pernikahan berkenaan, Fazziq menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.

Areeqa merupakan seorang pempengaruh dan mereka mula berkenalan sejak 2019.

Terdahulu, Fazziq pernah berkongsi foto pra-perkahwinan bersama Areeqa namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti wanita berkenaan ketika itu.

Must-Watch Video

Advertisement