Skip to main content

Selebriti

Fedtri Yahya Nasihat, Jangan Menilai Orang Melalui Jawatan & Status Kerja - “Ada Yang Gaji Sederhana Tapi…”

Fedtri Yahya

Sekilas

  • Fedtri Yahya menegaskan kejayaan tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan gaji, jawatan, atau status pekerjaan.
  • Beliau berkongsi bahawa setiap individu mempunyai definisi kejayaan dan kehidupan yang berbeza-beza.
  • Fedtri menegaskan kejayaan bukan satu garis penamat yang sama untuk semua orang kerana keutamaan setiap individu berbeza.
Advertisement

Pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya berpendapat masyarakat tidak seharusnya terlalu cepat menilai kejayaan seseorang hanya berdasarkan gaji, jawatan atau status pekerjaan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fedtri berkata setiap individu mempunyai definisi kejayaan  dan kehidupan yang berbeza.

Advertisement

“Mungkin masalahnya apabila kita terlalu cepat mentakrifkan “berjaya” hanya melalui gaji, jawatan atau status kerja.

“Sedangkan hidup ini sebenarnya jauh lebih luas daripada itu.

“Ada yang bergaji sederhana tetapi hidupnya tenang, keluarganya bahagia, adabnya terpelihara, kesihatannya baik dan memberi manfaat kepada ramai orang.

“Ada juga yang bergaji besar tetapi dibayar dengan tekanan, kesunyian dan kehilangan makna hidup,” coretnya.

Malah kata Fedtri, kejayaan bukanlah sesuatu yang boleh diukur menggunakan satu piawaian yang sama kerana setiap individu mempunyai keutamaan masing-masing.

“Kejayaan bukan satu garis penamat yang sama untuk semua orang,” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Must Watch Video

Advertisement