Skip to main content

Hiburan

Fenomena ‘Kudrat 1968: High Council, Peminat Sanggup Beratur Seawal Pagi Untuk ‘House Of Kudrat’

House of Kudrat

Sekilas

  • Drama siri Kudrat 1968 mencipta fenomena dengan sambutan hangat peminat di acara House Of Kudrat di IOI City Mall, Putrajaya.
  • Siri ini mendominasi carta tontonan di Astro, Sooka dan Netflix Malaysia, dengan lebih 90 juta tontonan klip sosial media dalam 14 hari.
  • Astro bekerjasama dengan jenama Christy Ng melancarkan koleksi eksklusif Christy Ng X KUDRAT 1968 sebagai sebahagian daripada pengalaman House of KUDRAT.
Advertisement

Drama siri Kudrat 1968: High Council mencipta sejarah tersendiri apabila peminat hadir ke acara House Of Kudrat yang berlangsung di Astro Experience Store, IOI City Mall, Putrajaya seawal 8.30 pagi, Ahad. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran wargamaya di Threads berkongsi foto memperlihatkan peminat drama siri premium Astro Original memenuhi ruang di hadapan  Astro Experience Store dan juga butik jenama Christy Ng. 

 

IOI City Mall penuh dengan sorakan peminat apabila kemunculan barisan pelakon Kudrat 1968 iaitu Mierul Aiman, Zharif Ghazzi, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan Chech Harith. 

Advertisement

 

Sejak diperkenalkan kepada penonton menerusi siri premium bermula 11 September lalu, KUDRAT 1968 terbitan Astro Shaw, arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff berjaya mencuri perhatian menerusi jalan cerita yang penuh konflik, persahabatan, kuasa dan pengkhianatan, disokong lakonan hebat barisan pelakon muda yang semakin mendapat tempat di hati peminat. 

 

Momentum tersebut turut diterjemahkan menerusi sambutan tontonan yang memberangsangkan di platform Astro dan sooka mendominasi carta top 10 kandungan tv, selain mencipta pencapaian tersendiri apabila muncul sebagai siri nombor satu di Netflix Malaysia dalam tempoh dua minggu berturut-turut. 

 

Menerusi naratif yang mengangkat realiti tentang jurang di antara kelas dalam masyarakat, siri tersebut mencetuskan pelbagai perbualan dan perdebatan dalam kalangan penonton serta teori peminat di media sosial. Meskipun baru dua episod ditayangkan, KUDRAT 1968 telah mencapai lebih 90 juta tontonan menerusi klip-klip sosial media dalam tempoh 14 hari.

Bagi meneruskan fenomena ini, Astro membawakan House of KUDRAT, sebuah pengalaman eksklusif yang membawa dunia KUDRAT 1968 secara langsung kepada peminat. 

 

Lebih menarik, House of KUDRAT turut menampilkan kolaborasi strategik bersama jenama fesyen tempatan, Christy Ng, menerusi pelancaran koleksi eksklusif Christy Ng X KUDRAT 1968. 

 

Koleksi edisi khas terhad seperti beg dan stokin yang diinspirasikan oleh KUDRAT 1968 turut diperagakan. Boleh dapatkan koleksi di store terpilih dan laman web Christy Ng sekarang.  

 

Lebih daripada sekadar sebuah acara, House of KUDRAT menjadi platform untuk meraikan peminat yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan siri tersebut. 

 

Menerusi Astro Rewards, peminat berpeluang bertemu secara eksklusif dengan barisan pelakon KUDRAT 1968 termasuk Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes, Muzayyin Mahyuddin, Umar Shakur dan Jebat Zulfar.

 

Terus menyaksikan KUDRAT 1968: High Council episod 3 pada 9 Oktober, episod 4 pada 16 Oktober yang akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108) setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 11 September. 

 

Pelanggan juga boleh menonton episod lebih awal pada jam 12 tengah malam melalui Sooka atau Astro X3, penawaran baharu berasaskan penstriman tanpa memerlukan dekoder, pemasangan atau kontrak, bermula daripada RM39.99*. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

 

Manakala filem KUDRAT 1968 akan datang di pawagam tahun ini.

 

Gunakan tanda pagar #KUDRAT1968 untuk merancakkan lagi perbincangan di platform media sosial. Ikuti perkembangan terkini dan klip menarik di semua akaun digital Astro Shaw.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

(Refine by Lovito) Elegant Top Ruffle Cold Shoulder Backless Spring/summer Pink Top for Women LR32E057 (Refine by Lovito) Elegan Top Ruffle Bahu Dingin Tanpa Belakang Musim Bunga/musim Panas Baju Atas Merah Jambu untuk Wanita LR32E057

(Refine by Lovito) Elegant Top Ruffle Cold Shoulder Backless Spring/summer Pink Top for Women LR32E057 (Refine by Lovito) Elegan Top Ruffle Bahu Dingin Tanpa Belakang Musim Bunga/musim Panas Baju Atas Merah Jambu untuk Wanita LR32E057

Must Watch Video

Advertisement