Skip to main content
Advertisement

Fesyen

"Fesyen Perlu Dilihat Sebagai ‘Money-Making Business'" - Bkay Nair Mahu Anak Muda Cipta Peluang, Bukan Sekadar Cari Kerja

"Fesyen Perlu Dilihat Sebagai ‘Money-Making Business'" - Bkay Nair Mahu Anak Muda Cipta Peluang, Bukan Sekadar Cari Kerja

Sekilas

  • Industri fesyen dilihat bukan sahaja dari segi kreativiti tetapi juga sebagai ekosistem yang mampu menjana pendapatan dan peluang perniagaan.
  • REKA RONA 2026 oleh PEFEM bertujuan membuka ruang luas kepada pemain industri termasuk generasi muda untuk meneroka peluang dalam pelbagai bidang fesyen.
  • Acara ini melibatkan institusi pendidikan dan memberi pengiktirafan kepada beberapa kolej dan universiti atas pencapaian kreatif dan inovasi mereka dalam fesyen.
Advertisement

Industri fesyen tidak seharusnya dilihat hanya dari sudut kreativiti, sebaliknya mempunyai potensi besar sebagai sebuah ekosistem yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang perniagaan.

Menurut model dan pelakon, Bkay Nair, industri tersebut merangkumi pelbagai bidang termasuk tekstil, kraftangan, produksi, peragaan, fotografi, videografi, penggayaan, solekan, penjenamaan, pemasaran, peruncitan, e-dagang, media dan pengurusan acara.

Advertisement

Justeru menerusi REKA RONA 2026, Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia (PEFEM) mahu membuka ruang lebih luas kepada pemain industri termasuk generasi muda.

“Kita mahu peluang itu bergerak merentasi keseluruhan ekosistem. Fesyen juga perlu dilihat sebagai a money-making business.

“Kreativiti memang penting, tetapi kita juga perlu melihat bagaimana kreativiti itu boleh menghasilkan nilai ekonomi, pendapatan dan banyak peluang bisnes,” katanya.

Selain pemain industri, REKA RONA turut memberi ruang kepada institusi pendidikan, pelajar, model, artisan, pasukan produksi serta media untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman dunia sebenar.

Bkay berkata pihaknya tidak mahu meletakkan sasaran angka tertentu terhadap peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan, sebaliknya mahu membuka laluan baharu kepada generasi muda.

Advertisement

“Saya mahu generasi muda bukan sahaja bertanya, ‘What job can I get in the fashion industry?’ tetapi juga ‘What opportunity can I create in the fashion industry?’” katanya.

Menurut Bkay, bakat dan kreativiti juga perlu dikembangkan sehingga mampu mempunyai nilai komersial.

“Bakat boleh dibangunkan menjadi jenama, kreativiti mampu mencipta nilai, manakala idea boleh dikembangkan menjadi sebuah perniagaan,” katanya.

REKA RONA 2026 berlangsung pada 2 Oktober di Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur dengan penglibatan beberapa institusi pengajian tinggi.

GiatMara HQ membawa pulang Anugerah Bakat Muda serta Anugerah Rekaan Keseluruhan Terbaik, manakala Universiti Teknologi MARA menerima Anugerah Kreativiti Dan Inovasi.

Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad pula menerima Anugerah Warisan Terbaik sementara Anugerah Rekaan Kontemporari Terbaik menjadi milik Kolej Vokasional ERT Setapak.

Anda mungkin berminat dengan

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Must Watch Video

Advertisement