Skip to main content

Viral

Fify Azmi Padam Hantaran Thread, Netizen Titip Kata-Kata Semangat - "You Deserve Better Than That, Next Cari Yang Sekufu Tau"

Astro Gempak fify

Sekilas

  • Pelakon Fify Azmi memadam satu hantaran di Threads yang dipercayai berkaitan pengalaman peribadinya kerana perbincangan sudah melampaui tujuan asal.
  • Fify menegaskan wanita tidak keseorangan dan wajar dihargai tanpa perlu diingatkan, sambil menerima sokongan moral daripada netizen.
  • Ramai pengguna media sosial memuji ketabahan Fify dan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berlebihan mengenai isu tersebut.

Pelakon Fify Azmi menjadi perhatian warga maya selepas memuat naik satu hantaran di Threads yang dipercayai berkaitan pengalaman peribadinya sebelum mengambil keputusan untuk memadamkan perkongsian tersebut.

Menerusi hantaran terbaharu, Fify menjelaskan bahawa dia memilih untuk memadamkan thread berkenaan kerana merasakan perbincangan tersebut telah berkembang jauh daripada tujuan asal yang ingin disampaikan.

“I decided to remove the thread because I feel it has already reached far beyond what I initially intended.

“To all women, you are not alone. The right people will value you without needing to be reminded,” tulisnya.

Walaupun perkongsian asal sudah dipadamkan, ramai netizen terus membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan sokongan buat pelakon berkenaan.

Rata-rata berpendapat Fify berhak untuk memilih kebahagiaannya sendiri serta tidak perlu mempertahankan nilai dirinya kepada individu yang tidak menghargainya.

“Tak apa lah Fify, semua dah tahu dia bawa kadar sendiri,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen pula menyifatkan Fify sebagai seorang wanita yang layak menerima seseorang yang lebih baik dalam hidupnya.

“You deserve better than that. Next cari yang sekufu tau,” komen seorang pengguna.

Tidak kurang juga yang memuji ketabahan Fify dalam berdepan situasi tersebut selain berharap dia dapat melalui fasa sukar itu dengan tenang.

“Terima kasih sebab berkongsi. Semoga awak dapat jodoh yang lebih baik selepas ini,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam masa sama, ada juga yang mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berlebihan atau menyerang mana-mana pihak kerana hanya individu yang terlibat mengetahui perkara sebenar.

Perkongsian itu sehingga kini terus menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen daripada warga maya yang tampil memberikan sokongan moral buatnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement