Skip to main content

Filem

Fify Azmi Puji Lakonan Andy Teh Dalam Abah Saya Uncle Mike – “Skrip Mantap, Sinematografi Cantik”

fify azmi

Pelakon Fify Azmi meluahkan rasa kagum selepas menonton tayangan perdana gala filem Abah Saya Uncle Mike baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Fify menyifatkan karya tersebut mempunyai pengarahan mantap selain sinematografi dan skrip yang menarik.

fify azmi

Advertisement

“Memang korang kena pergi tengok. Arahannya bagus, sinematografi cantik dan saya suka jalan ceritanya. 

“Andy Teh memang hebat dalam wataknya. Saya beri 8/10, kurang 2 tu sebab saya tak ada dalam filem,” katanya berseloroh.

Untuk info, dalam naskhah bergenre drama yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 28 Ogos ini, Andy memegang watak sebagai Uncle Mike, seorang lelaki berbangsa Cina yang secara tidak sengaja terlibat dalam kehidupan tiga beradik yatim piatu Melayu iaitu Rafie, Rasyid dan Rahman.

Filem ini diangkat daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong yang membesarkan tiga anak yatim piatu Melayu sejak kecil, lengkap dengan bimbingan rohani dan penghormatan kepada agama Islam.

Dedikasi Uncle Mike turut mendapat pengiktirafan apabila beliau menerima Anugerah Maulidur Rasul 2024 daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas jasa serta pengorbanannya.

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. itu mengetengahkan tema kekeluargaan dan semangat perpaduan dengan mesej bahawa kasih sayang sejati tidak mengenal warna kulit atau darah daging.

Menampilkan pelakon Andy Teh bersama gandingan muda berbakat besar seperti Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur, Abah Saya Uncle Mike turut menggunakan bahasa Melayu, Mandarin dan Kantonis bagi mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Sinopsis Abah Saya Uncle Mike:

Rafei, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang penuh penderaan bersama adik-adiknya demi mencari kehidupan lebih baik. Namun, apabila mereka dipisahkan, Rafei diselamatkan oleh seorang lelaki Cina baik hati bernama Uncle Mike. Dalam usahanya menyatukan kembali keluarga, ketiga-tiga beradik itu akhirnya sedar makna sebenar sebuah keluarga – bahawa Keluarga Bukan Sekadar Pertalian Darah.

Must-Watch Video