Skip to main content

Filem

Filem Inspirasi Kisah Benar Abah Saya, Uncle Mike Mula Ditayangkan Di Astro First

Astro Gempak 337

Sekilas

  • Filem 'Abah Saya, Uncle Mike' yang diinspirasikan daripada kisah benar mengisahkan seorang lelaki Cina yang membesarkan tiga anak Melayu yatim piatu seperti darah daging sendiri.
  • Filem terbitan Astro Shaw ini boleh ditonton mulai 2 April 2026 di Astro saluran 480, On Demand dan platform penstriman sooka dengan harga RM15 untuk 48 jam.
  • Diarahkan oleh Ezrie Ghazali, filem ini menonjolkan tema kasih sayang, pengorbanan dan cabaran keluarga berlainan budaya dalam membentuk ikatan kekeluargaan.
Advertisement

Sempena bulan Syawal yang penuh keberkatan, platform Astro First membawakan filem menyentuh hati berjudul Abah Saya, Uncle Mike yang mengangkat erti kasih sayang melangkaui batas pertalian darah.

Filem terbitan Astro Shaw itu boleh mula ditonton bermula 2 April 2026 menerusi Astro saluran 480, On Demand serta platform penstriman sooka.

Advertisement

Diinspirasikan daripada kisah benar, naskhah tersebut mengisahkan seorang lelaki berbangsa Cina, Michael Tong Wai Siong atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike yang membesarkan tiga anak Melayu seperti darah dagingnya sendiri.

Di bawah arahan Ezrie Ghazali filem ini menyelami perjalanan emosi Uncle Mike bersama tiga beradik yatim piatu iaitu Rafei, Rasyid dan Rahman selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka.

Kisah bermula apabila Rafei sebagai anak sulung nekad melarikan diri dari rumah anak yatim demi menyelamatkan adik-adiknya sebelum dipertemukan dengan Uncle Mike yang membuka pintu rumah dan hatinya tanpa syarat.

Advertisement

Namun, perjalanan mereka untuk bersatu semula bukan mudah apabila berdepan stigma masyarakat, perbezaan budaya serta pelbagai cabaran kehidupan.

Di sebalik ujian tersebut, hubungan yang terjalin akhirnya membuktikan bahawa kasih sayang dan pengorbanan mampu membentuk sebuah keluarga tanpa mengira latar belakang.

Filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Andy Teh, Idan Aedan, Nor Merah, Umar Shakur, Pauline Tan, Chew Kin Wah, Mandy Chong, April Chan, Han Zalini, Nadiya Nisaa, Sobri Anuar, Songbill, Taqim Zaki, Shahkimin, Chris MJ dan Bidin Al Zaifa.

Penonton boleh menikmati filem ini pada harga RM15 untuk tempoh 48 jam menerusi Astro First, sekali gus menawarkan pengalaman pawagam premium dari rumah.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Must Watch Video

Advertisement