Skip to main content

Hiburan

Filem Michael Jackson Jadi Biografi Muzikal Terlaris Sepanjang Zaman

Astrogempak MICHAEL

Sekilas

  • Filem biografi Michael Jackson yang dibintangi Jaafar Jackson mencatat kutipan tertinggi sepanjang masa sebanyak RM3.8 bilion, menewaskan rekod Bohemian Rhapsody.
  • Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Michael Jackson dari zaman kanak-kanak hingga era kegemilangannya sebagai Raja Pop, dengan fokus pada perspektif dalaman dan pandangan ibunya.
  • Walaupun mendapat kritikan kerana dianggap terlalu 'selamat' dan tidak menampilkan sisi gelap Michael, filem ini tetap mencatat rekod penayangan di Jepun dan kutipan besar pada minggu pertama tayangan.
Advertisement

Di sebalik kontroversi yang melanda, fillem Michael Jackson mencetak sejarah sebagai biografi muzikal sepanjang masa. Biopik yang dibintangi anak saudara Raja Pop itu, Jaafar Jackson malah telah menewaskan rekod yang selama ini dipegang Bohemian Rhapsody.

Michael yang diarahkan Antoine Fuqua dan ditulis John Logan diketahui telah mengutip sebanyak RM3.8 bilion, menumpaskan kutipan Bohemian Rhapsody sebelum ini sebanyak RM3.7 bilion sepanjang ditayangkan, lapor CNN.

Advertisement

Malah biopik yang dihasilkan 16 tahun selepas kematian Michael Jackson ini juga sedang mencatat rekod penayangan di Jepun apabila mengutip sekitar RM51 juta sepanjang seminggu tayangan.

Michael mengisahkan kehidupan legenda muzik Michael Jackson dari zaman kanak-kanaknya bersama Jackson 5 hingga ke era kegemilangan pop beliau. Diterbitkan oleh Lionsgate, biopik ini telah mengutip sebanyak RM813.7 juta pada minggu pertama tayangannya yang bermula April lalu.

Filem yang dibintangi oleh anak saudara Michael sendiri, Jaafar Jackson, diterbitkan dengan anggaran bajet antara AS$155 juta hingga AS$200 juta.

Sebelumnya, Michael sempat mencetuskan kontroversi apabila didakwa terlalu "selamat" dan menyembunyikan tuduhan gangguan seksual lampau susulan perjanjian undang-undang. Ia juga disifatkan sebagai ‘telah dicuci’ kerana tidak berani menampilkan sisi gelap subjek.

Biopik ini sebaliknya hanya memfokuskan kepada perspektif dalaman Michael mengenai perjalanan kerjayanya, percintaannya dengan muzik, dan sudut pandang ibunya berbanding pandangan masyarakat umum.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement