Sekilas
- Bombay Velvet adalah filem terbesar yang pernah dihasilkan oleh Anurag Kashyap dengan pelakon utama Ranbir Kapoor dan Anushka Sharma.
- Filem ini gagal menarik minat penonton kerana alasan remeh seperti gaya rambut Ranbir yang kerinting, menurut Kashyap.
- Kashyap menegaskan mereka tidak akan mengubah gaya rambut tersebut walaupun ia menjadi sebab penonton tidak menonton filem itu.
Bombay Velvet menjadi filem paling ‘besar’ yang pernah dihasilkan Anurag Kashyap. Ia bukan hanya memakan belanja yang besar tetapi juga dibintangi aktor dan aktres hebat, Ranbir Kapoor serta Anushka Sharma.
Jika mengikut logik, selain gabungan Ranbir dan Anuskha, Kashyap percaya Bombay Velvet boleh laris di pasaran kerana jalan cerita filem bebas ini yang menarik.
Namun sebaliknyam Bombay Velvet gagal menambat hati peminat. Menurut Kashyap, apa yang mengejutkan disifatkan sebagai tidak masuk akal adalah alasan remeh yang diberikan peminat mengenai keengganan menonton filem ini.
“Selepas filem ini tidak mendapat sambutan, saya meminta tim untuk ‘menyiasat’ mengapa ia terjadi.
“Dan apa yang sangat mengejutkan serta difikirkan tidak masuk akal adalah jawapan yang diberikan peminat.
“Mereka tidak suka gaya rambut Ranbir dalam filem ini. Mereka tidak suka rambut Ranbir dengan fesyen curly,” dedah Kashyap sewaktu temu bual bersama Screen seperti dilaporkan Hindustan Times.
Kashyap kemudian mengatakan tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
“Kami mahu rambut Ranbir curly dalam filem ini dan ia adalah pilihan yang tidak akan diubah.
“Jujur saya rasa tak masuk akal mendengar alasan peminat tidak pergi menonton filem hanya kerana tidak menggemari gaya rambut pelakon,” tambahnya lagi.
Bombay Velvet ditayangkan pada tahun 2015. Kashyap juga mendakwa Ranbir tidak begitu gembira apabila dia kerap bercakap tentang filem tersebut.
Menurutnya, Ranbir mahu dia ‘move on’ dan menerima hakikat bahawa filem tersebut gagal dan ia tidak dapat diubah.